Malaysia kini telah mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang menghalalkan perkhidmatan Grabcar dan Uber apabila Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang (RUU) semalam.
Berikutan perkara tersebut, operasi mengambil penumpang yang menggunakan perkhidmatan “e-hailing” ini kini boleh digunakan secara sah di Malaysia.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, pindaan membabitkan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 yang dibentangkan secara berasingan menerima undian majoriti dari kalangan Ahli Parlimen yang hadir.
Nancy turut berkata bahawa kedua-dua undang-undang itu juga membolehkan perkhidmatan e-hailing dilakukan secara sah di Semenanjung Malaysia merangkumi Sabah dan Sarawak walaupun kedua negeri itu tidak tertakluk di bawah kawalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).
“Ini adalah kali pertama penyedia perkhidmatan e-hailing dihalalkan untuk menjalankan operasi mereka. Ketika ini semua negara termasuk Australia menuggu pelaksanaan di Malaysia” kata Nancy.
Sumber daripada Berita Harian.