Grab tawar diskaun bagi warga emas dapatkan vaksin

oleh SALINA JALIL|
Grab Malaysia menawarkan potongan harga sehingga RM8 bagi golongan berusia 60 tahun ke atas yang ingin mendapatkan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) seluruh negara.


Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh, berkata tawaran itu diberikan bagi empat kali perjalanan pergi dan balik apabila menggunakan aplikasi Grab bermula 12 Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, program itu diperkenalkan apabila terdapat laporan yang menyatakan golongan warga emas menghadapi masalah pengangkutan, sekaligus menjadi punca utama mereka tidak menghadiri temu janji vaksinasi.

 

Promosi khas itu katanya akan merangkumi perjalanan untuk janji temu pengambilan kedua dos vaksin yang diperlukan.

 

"Grab Malaysia juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan semua lokasi di pusat vaksinasi ada di dalam aplikasi Grab.

 

"Bagi warga emas yang tidak mempunyai kenderaan atau pengangkutan sendiri, Grab telah menyediakan lokasi 'drop-off' di semua pusat vaksinasi seluruh negara.

 

"Promosi ini akan dihantar terus ke dalam peti mel pengguna yang layak dan berdaftar," katanya dalam satu kenyataan semalam..

 

Goh berkata, program vaksinasi untuk warga emas oleh Grab ini dibangunkan bagi memudahkan akses perjalanan menerusi aplikasi Grab.

 

Beliau berkata, bagi mereka yang telah menerima janji temu vaksinasi COVID-19, mereka boleh menempah perkhidmatan Grab dengan hanya beberapa langkah mudah.

 

Pemohon yang layak katanya perlu mendaftar akaun Grab dan mengesahkan umur mereka di GrabPay sebelum 7 Jun 2021 untuk menerima kod promosi tersebut yang akan dihantar di peti emel Grab mereka pada 12 Jun ini.

 

"Program ini sebahagian daripada inisiatif kumpulan dalam menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

 

"Grab sentiasa percaya dalam usaha menangani keperluan paling kritikal rakyat menerusi perkhidmatan kami, terutamanya dalam tempoh sukar ketika ini.

 

"Kami percaya, apabila negara dapat mencapai matlamat imuniti kelompok, lebih pantas rakyat boleh menjalani proses pemulihan dan pada masa sama membantu membina semula ekonomi.

 

"Oleh itu, Grab Malaysia berharap menerusi perkongsian teknologi, rangkaian dan capaian ini, kami dapat menyumbang kepada usaha vaksinasi kebangsaan oleh kerajaan," katanya.

 

 

 

 

INFO

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini kerana Grab dalam satu kenyataan menjangkakan pengguna Grab sedia ada akan mengalami tempoh…
Berita Domestik
Itu cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana Grab didakwa menyalahgunakan kedudukan…
Berita Domestik
sumber gambar: Technave Terdapat beberapa kes jenayah yang dilaporkan sebelum ini melibatkan…