Ini kerana Grab dalam satu kenyataan menjangkakan pengguna Grab sedia ada akan mengalami tempoh menunggu yang lebih lama berbanding kebiasaan akibat kekurangan pemandu yang berlesen.
Ini lebih memberikan kesan yang ketara terutama ketika waktu puncak di mana permintaan yang tinggi tidak dapat ditampung oleh pemandu sedia ada.
Walaupun dalam tempoh beberapa bulan yang diberikan, sehingga kini hanya 41 peratus sahaja pemandu Grab yang sudah pun mempunyai lesen PSV, manakala 24 peratus lagi masih dalam status menunggu.
Dan daripada angka tersebut, selebihnya sudah pun mengibarkan bendera putih daripada terus berkhidmat sebagai pemandu Grab.
Seperti biasa, Grab menyarankan kepada para pengguna Grab untuk melakukan beberapa perkara di bawah seperti:
- menempah perkhidmatan dengan lebih awal
- menggunakan perkhidmatan Grab di luar waktu puncak
Sumber: Grab Malaysia