‘Zero Contact’ di semua pusat servis kenderaan Goodyear Autocare

oleh SALINA JALIL|
Bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk pelanggan dan pekerjanya ketika perniagaan kembali beroperasi semasa wabak Covid-19 yang masih melanda, Goodyear mengumumkan ‘Zero Contact’ inisiatif (Zero Contact).


Para pelanggan boleh mendapatkan tayar baru di mana-mana Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare yang terlibat tanpa melibatkan sentuhan secara langsung sepanjang proses dijalankan.
Modenas

 

Pelanggan hanya perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare pilihan mereka dan hubungi mereka melalui panggilan telefon atau WhatsApp di laman sesawang Goodyear Malaysia.

 

Untuk menempah temujanji, layari www.goodyear.com.my/store di telefon mudah alih anda dan gunakan fungsi peta untuk memilih lokasi yang berhampiran dengan anda.

 

Selepas lokasi dipilih, tekan ikon WhatsApp untuk membuat temujanji dengan Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare yang dipilih.

 

Kawasan letak kereta khas ‘Zero Contact’ disediakan khas dan sebuah kotak juga disediakan untuk meletakkan kunci kereta mereka di premis. Pekerja yang bertugas di Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare akan mengambil kenderaan anda dan membuat pemasangan tayar baru.

 

 

Sebelum kenderaan dikembalikan kepada pemilik, pemeriksaan keselamatan akan dibuat di setiap 12 titik poin sentuhan utama, diikuti dengan semburan pembasmian kuman.

 

Perkhidmatan ini adalah percuma yang disediakan oleh Goodyear Malaysia untuk pelanggan mereka bagi memastikan kereta mereka selamat dipandu semula, terutamanya kepada mereka yang telah lama meninggalkan kereta mereka tanpa disentuh akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan.

 

Apabila pelanggan mengambil kenderaan mereka di tempat letak kereta ‘Zero Contact’, mereka akan diberikan senarai semak yang diletakkan di dalam kenderaan mereka.

 

Ini merupakan bukti bahawa pembersihan menyeluruh telah dilakukan oleh pekerja dan juga pemberitahuan berkenaan dengan kemungkinan masalah yang dijumpai semasa pemeriksaan dilakukan. Ini memudahkan pelanggan untuk membaiki kenderaan mereka secepat mungkin.

 

Selain itu langkah-langkah pencegahan lain seperti pembersihan dan semburan pembasmian kuman diadakan di semua kawasan awam serta peralatan dan kemudahan yang tersedia sebanyak tiga kali sehari.

 

Tempat ruang tempat duduk juga akan ditanda sebagai tempat duduk alternatif, manakala satu penanda akan diletakkan di atas lantai untuk memastikan pelanggan menjaga jarak satu meter.

 

Pelanggan juga dinasihatkan untuk membayar bayaran perkhidmatan menggunakan pembayaran tanpa sentuhan yang sedia ada seperti e-wallet, perbankan dalam talian atau paywave.

 

“Dengan melancarkan inisiatif ini, kami berharap kami bukan sahaja dapat meneruskan layanan yang baik kepada pelanggan menerusi ‘norma baharu’, malah juga menyediakan bantuan tambahan untuk memeriksa keadaan kenderaan mereka selepas bercuti sementara".

 

"Sudah tentu keselamatan dan kesihatan pelanggan dan pekerja kami adalah  penting dalam tempoh ini, oleh itu kami mengharapkan sokongan dan kerjasama dari pelanggan dan rakan Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare kami untuk mengamalkan langkah-langah kebersihan dan pencegahan yang baik sepanjang tempoh ini”, kata Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia.

 

Di samping itu, para pelanggan juga berpeluang untuk merebut hadiah percuma (tertakluk kepada stok dan ketersediaan) di mana-mana Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare sepanjang tempoh perkhidmatan ‘Zero Contact’.

 

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Tekno Careta
  Berikut merupakan beberapa panduan penyelenggaraan asas tayar kenderaan oleh Goodyear Malaysia…
Berita Domestik
Pusat Goodyear AutoCare itu kini menawarkan pelbagai pilihan tayar-tayar terkini Goodyear bermula…
Berita Domestik
Bermula dari 1 Januari sehingga 29 Februari, Goodyear menawarkan setiap penukaran sepasang tayar…