Toyota Gazoo Racing Festival musim ke-6 kini bermula!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Serentak dengan pelancaran 3 buah model GR dan 2 buah model GR Sport, UMW Toyota Motor (UMWT) turut melancarkan musim keenam bagi acara perlumbaan tahunan mereka iaitu Toyota Gazoo Racing Festival.

Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang semalam, acara perlumbaan TGR Festival musim keenam telah membuka tirainya dengan perlumbaan pusingan pertama.

 

2

 

Perlumbaan tersebut masih dibahagikan kepada 4 kelas utama iaitu Super Sporting, Sporting, Rookie dan Promotional, dimana musim ini ianya disertai beberapa muka baharu terutama untuk kelas Rookie dan Promotional.

Musim keenam juga menyaksikan lebih 40 pelumba dari keempat-empat kelas untuk berentap dalam 3 pusingan, dengan 2 perlumbaan bagi setiap pusingan.

 

3

 

Berikut merupakan keputusan bagi 2 perlumbaan untuk pusingan pertama Toyota Gazoo Racing Festival musim ke-6:

SUPER SPORTING

(Race 1)

1. Naquib Azlan

2. Eddie Lew

3. Putera Adam

(Race 2)

1. Cheah Min Jie

2. Hayden Haikal

3. Tengku Djan Ley

SPORTING

(Race 1)

1. Nabil Azlan

2. Tarmimi Tahang

3. Bradley Benedict Anthony

(Race 2)

1. Bradley Benedict Anthony

2. Nabil Azlan

3. Abdul Miqail

ROOKIE

(Race 1)

1. Iman Danish

2. Elson Lew

3. Nazmir Azlan

(Race 2)

1. Ariff Azmi

2. Nazmir Azlan

3. Iman Danish

PROMOTIONAL

(Race 1)

1. Zizan Razak

2. Shukri Yahaya

3. Ezzrin Loy

(Race 2)

1. Zizan Razak

2. Shukri Yahaya

3. Ezzrin Loy

 

4

 

Pusingan kedua dan ketiga bagi Vios Challenge akan diadakan pada 2 hingga 4 Jun 2023 dan 29 September hingga 1 Oktober 2023.

Selain Vios Challenge, tahun ini juga Toyota akan mengadakan Vios Sprint Cup bersama 2 pusingan dan 4 perlumbaan, serta Vios Enduro Cup di kejohanan Sepang 1000KM Endurance Race.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…
Sukan Bermotor
Menurut Presiden UMW Toyota Ravindran K berkata, "Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran…
Sukan Bermotor
Walaupun beliau merupakan muka baharu dalam siri perlumbaan tersebut, Alister terpaksa bersaing di…