Sedar akan hal berkenaan, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) selaku pengedar rasmi motosikal jenama Yamaha di Malaysia hari ini menawarkan opsyen warna dengan grafik baharu bagi jentera suku liter popularnya itu.
Untuk makluman, motosikal bersesaran 250cc itu kini didatangkan dengan warna biru dan hitam.
Jangan risau, penawaran warna baharu itu tidak memberi efek kepada tag harga R25 sebelumnya.
HLYM masih kekal menawarkan harga sedia ada, RM20,630 seunit (harga termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran).