Yamaha Tracer 900 GT dilancarkan, harga bermula dari RM59k

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di Genting Highlands, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan edisi terbaharu di dalam siri Yamaha Big Bike, iaitu Tracer 900 GT. 

Motosikal sport-tourer kelas pertengahan ini tampil dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik, menjadikan ia sebuah motosikal yang sesuai untuk dibawa mengembara pada jarak jauh dengan lebih selesa. 
 


Dikuasakan oleh enjin tiga silinder bersesaran 847 cc, ia mampu menjana kuasa setinggi 115 hp dan daya kilas 87.5 Nm pada putaran enjin sekitar 8,500 rpm. 

Bagi memudahkan pengaliran kuasa kepada roda dengan lebih berkesan, ciri assist and slipper clutch dan sistem quick shift turut disertakan selain daripada ciri cruise control bagi memberikan perjalanan yang lebih menyenangkan. 
 


Untuk keselesaan penunggang, terutama bagi jarak perjalanan yang jauh, pemegang handle bar juga turut diberikan ciri pemanas terbina dalam, selain daripada visor hadapan yang boleh dilaras ketinggiannya. 

Bagi menyerap segala hentakan yang diberikan, sistem suspensi hadapan didatangkan dengan ciri boleh laras sepenuhnya manakala untuk bahagian belakang, ia juga dimuatkan dengan ciri boleh laras dengan pelaras pra-muatan dan fungsi kawalan jauh.
 


Yamaha Tracer 900 GT didatangkan dengan ciri moden seperti skrin paparan digital TFT sepenuhnya, manakala lampu utama pula daripada jenis LED. 

HLYM mendatangkan dua warna menarik bagi Yamaha Tracer 900 GT, iaitu Grey dan Matt Blue dengan harga jualan pula bermula dari RM58,888 atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan. 
 


Setiap pembelian di Yamaha Big Bike Dealership pula bakal melayakkan para pembeli untuk menerima 1 unit kunci cakera brek bernilai RM200.00, manakala untuk tempoh terhad, AEON Credit Services menyediakan tawaran pembiayaan keawangan yang cukup menarik. 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Jentera sports tourer itu dikuasakan oleh nadi V-Twin bersesaran 1,042 cc, menghasilkan 115 hp @ 8,…
Berita Global
Ini merupakan trim Astra generasi keenam yang sporti, menampilkan talaan casis spesifik serta…
Model Terbaharu
Dari segi kuasa, ia didatangkan dengan enjin GSX-R 999 cc yang terbukti, menghasilkan kuasa…