Yamaha Ténéré 700 terima Anugerah Red Dot:Product Design 2020!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha Motor Co., Ltd. pada 31 Mac mengumumkan motosikal kembara Ténéré 700 terpilih dalam anugerah berprestij Red Dot Award: Product Design 2020.

Anugerah reka bentuk Red Dot adalah di antara berprestij dunia dan sejarahnya bermula pada tahun 1955.

Pengiktirafan terbaru dari Red Dot ini adalah kali kesembilan berturut-turut untuk produk Yamaha sejak 2012. Sebelum ini Ténéré 700 turut memenangi iF Design Award dari Jerman.

Ténéré 700 bukan nama asing dalam dunia kembara, motosikal ini mempunyai sejarah kejayaan di dalam perlumbaan lasak rali Dakar pada era 80an hingga 90an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha Ténéré 700

Ténéré 700 menggunakan enjin 689cm³ dua silinder sebaris 270° yang dipasang pada rangka ringan. Enjin itu disesuaikan dari Yamaha MT07.

Kuasa enjin ialah 72.4hp pada 9,000 rpm dan tork 68Nm pada 6,500 rpm.

Nisbah transmisi enam kelajuan pula direka bagi menghasilkan daya kilas dari tahap rendah sehingga sederhana dalam memberikan respon tunggangan.

Seperti lagaknya, motosikal ini mempunyai pelbagai postur tunggangan selain dari tahan lasak dan mudah diselenggara.

Badan Ténéré 700 dibuat langsing sama seperti tangki minyak dan kerusi rata berbentuk V membolehkan penunggang mengapit tangki semasa duduk atau berdiri dan menambah keyakinan di atas jalan bertanah atau aspal.

Yamaha Ténéré 700

Walaupun nampak seperti satu fungsi, motosikal ini dibina dengan keseimbangan pelbagai guna seperti off-road, kembara dan touring. 

Tangki minyak berkapasiti 15.8 liter boleh digunakan sehingga 346 kilometer (spesifikasi Amerika Syarikat). 

Di AS, Yamaha Ténéré 700 dijual pada harga permulaan $9,999 (RM43,575). Kepada yang berminat tiada lagi maklumat sama ada motosikal ini bakal ditawarkan atau tidak di pasaran tempatan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Yamaha

Yamaha Ténéré 700

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…
Berita Global
Kemaskini yang terbaharu mungkin tidak banyak perbezaan dengan model sebelumnya tetapi mungkin…