YAMAHA NVX TERIMA KEMASKINI WARNA BAHARU - HARGA DARI RM9,998

oleh Firdaus Razani|
NVX ABS Premium Navy
Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan tawaran warna baharu untuk model skuter 155cc mereka, iaitu NVX bagi tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model NVX ini adalah warna Biru dan Gangsa untuk versi standard dan warna Cyan Sky dan Premium Navy untuk versi ABS.

nvx
NVX ABS Cyan Sky

 

HLYM turut mengumumkan harga jualan bagi model ini adalah bermula dari RM9,998 bagi versi standard dan RM11,698 untuk versi ABS, tidak termasuk yuran pendaftaran atau insurans.

nvx
NVX Standard ; Blue

 

Sebagai tambahan, pemilik NVX baharu ini juga bakal menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 dengan pembelian mereka.

nvx
NVX Standard ; Bronze

 

Dari spesifikasi enjin, ia dikuasakan oleh enjin satu silinder bersesaran 155cc DOHC yang mampu menjana kuasa output sehingga 15hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 13.9 Nm @ 6,500 rpm.

Untuk versi ABS, ia dilengkapi absorber belakang dengan sub tangki, bersama kunci pintar dan sistem stop-start untuk kecekapan bahan api yang lebih baik.

nvxnvx

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Domestik
Menurut satu notis yang dikeluarkan oleh HLYM, program ini akan dijalankan di beberapa buah negeri…