Yamaha NVX 2024 hadir dengan 4 warna baharu - Harga bermula dari RM9,998

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan empat pilihan warna baharu untuk tahun 2024 bagi model skuter popularnya, Yamaha NVX.

Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu Blue dan Bronze, sementara versi ABS hadir dengan warna Cyan Sky dan Premium Navy.

Hanya perubahan warna, spesifikasi lain kekal sama di mana ia dikuasakan nadi silinder tunggal 155 cc SOHC VVA sejukan cecair yang menghasilkan 15.4 PS @ 8,000 rpm, dan 13.9 Nm @ 6,500 rpm.

2

Versi ABS dilengkapi penyerap belakang dengan sub tangki, bersama kunci pintar dan sistem berhenti mula untuk kecekapan bahan api yang lebih baik.

Harga disyorkan kini bermula dari RM9,998 untuk versi standard, dan RM11,698 untuk versi ABS tidak termasuk bayaran pendaftaran dan insurans.

Setiap pembelian Yamaha NVX baharu juga ditawarkan dengan kunci cakera Yamaha bernilai RM100.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dalam landskap motosikal melebihi 500cc, segmen touring kekal sebagai antara kategori paling…
Pelancaran Motosikal
Pelancaran itu berlangsung sempena Yamaha Automatic World Roadshow yang diadakan di Mayang Mall,…
Berita Domestik
Pilihan warna baharu untuk Yamaha EGO Gear akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha bermula 15…