Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau menggantikan Communication Control Unit (CCU) Assy bagi kedua-dua model tersebut dan fasa program tersebut akan dijalankan secara berperingkat.
Model Yamaha NVX yang terlibat adalah model dengan nombor kerangka/chasis PMYSG7410L0000011 – P0039700 hingga PMYSG7420L0000011 – P0026367.
Manakala model R15M dengan nombor kerangka/chasis PMYRG7910N0000011 – N0002990 hingga PMYRG7910P0002991 – P0005190 dan PMYRG7910P0004991.
Menurut HLYM, pihak mereka tidak akan menghantar surat kepada setiap pemilik model tersebut namun pemilik boleh hadir ke mana-mana pengedar rasmi Hong Leong Yamaha untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Manakala temu-janji bagi bersama pengedar rasmi Hong Leong Yamaha atau Hong Leong Yamaha Motor boleh dibuat di laman web https://service.yamaha-motor.com.my/booking
Pemilik motosikal bagi kedua-dua model ini disyorkan agar menjaga dan menyelenggara motosikal masing-masing seperti mana yang dinyatakan dalam buku manual pemilikan.
SUMBER : FB Ok Bro Press