Yamaha bakal hadir dengan skuter elektrik dengan ciri bateri mudah tukar dari Gogoro

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Taiwan yang membangun dan menjual skuter elektrik, Gogoro mengumumkan stesen penukaran bateri skuter elektrik dinamakan sebagai Powered by Gogoro Network yang akan beroperasi musim panas ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Gogoro juga turut mengumumkan rakan teknikal, iaitu Yamaha, Aeon Motor (bukan Aeon Credits) dan PGO masing-masing bakal melancarkan skuter yang bakal menggunakan sistem bateri boleh tukar dari Gogoro ini. 

 


Bagi mereka yang tidak tahu, sistem yang disediakan oleh Gogoro ini merupakan salah satu cara termudah bagi menyediakan sebuah sistem kuasa dan pengecasan yang standard dan boleh digunakan oleh mana-mana pihak. 

Di Taiwan, Gogoro sudah pun mempunyai rangkaian stesen penukaran bateri yang meluas (596 buah stesen), dan penggunaan bateri tersebut membolehkan skuter Gogoro mampu mencapai jarak operasi sejauh 110 km sekali cas penuh. 
 


Manakala untuk menukar bateri pula hanya mengambil masa sekitar enam saat sahaja. 

Malah, syarikat-syarikat penghantaran seperti DHL dan Taiwan Post juga didapati sudah mula menguji penggunaan skuter Gogoro bagi tujuan komersil. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…