Lambretta Elettra 2024 - skuter elektrik retro 15 hp, jarak gerak cuma 104 km

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara pameran EICMA 2023, Lambretta memperlihatkan sebuah skuter berkuasa elektrik yang sangat sesuai digunakan dalam persekitaran urban, Lambretta Elettra 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15 hp (kuasa berterusan 5.4 hp) dan daya kilas 257.6 Nm, dengan kelajuan maksimum setinggi 109 km/j.

Dengan pek bateri lithium-ion 4.6 kWh, Elettra ini mampu bergerak sejauh 104.6 km (data World Motorcycle Test Cycle, WMTC) untuk sekali cas penuh, bergantung kepada mod tunggangan yang dipilih.
 

elettra


Dalam mod Eco, Elettra boleh mencapai jarak sejauh 127 km pada kelajuan 40 km/j. Mod tunggangan biasa pula membenarkan jarak sejauh 70 km pada kelajuan maksimum 72 km/j.

Sementara dalam mod Sport pula, jarak gerak akan menurun kepada 62.8 km pada kelajuan tidak melebihi 80 km/j.

Skuter ini menyokong pengecasan pantas 20-80 peratus dalam masa 36 minit, sementara penggunaan soket domestik 220 volt pula membenarkan pengecasan penuh selama 5.5 jam.
 

elettra


Menariknya, disebalik rekaan Lambretta Elettra yang agak klasik, skuter ini membawakan binaan kerangka aluminium yang dikelilingi oleh panel keluli dengan ketinggian pelana 780 mm.

Struktur belakang tersebut boleh diangkat sepenuhnya untuk akses ruang storan yang mampu memuatkan sebuah helmet.

Sistem suspensi terdiri daripada penyerap hentak berkembar di hadapan, diikuti dengan penyerap hentak yang dipasang secara mendatar di bahagian belakang.
 

elettra


Secara standard, Elettra datang dengan rim bersaiz 12 inci yang dibaluti tayar Pirelli Diablo Rosso Scooter bersaiz 110/90 dan 120/80 belakang.

Buat masa ini, tiada sebarang info berkenaan harga dan bila skuter Lambretta Elettra ini akan mula dijual.