Honda Motocompacto sudah boleh dibeli, harga RM4.7k di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Honda akhirnya secara rasmi mula menjual skuter elektrik boleh lipat Motocompacto di beberapa pengedar Honda dan Acura yang terpilih di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut kepada model asal Motocompo sebagai sebuah mobiliti perbatuan terakhir yang sangat ideal digunakan dalam bandar atau kampus.
 

motocompacto


Motocompacto memiliki dimensi yang agak kecil, iaitu 741.68 mm panjang, 535.9 mm tinggi dan lebar 93.98 mm sahaja apabila dilipat memudahkannya diangkut masuk ke dalam bas atau tren aliran ringan.

Malah, dengan badan yang diperbuat daripada aluminium, Motocompacto mempunyai berat sekitar 18.7 kg sahaja, dan boleh disimpan di dalam ruang kargo EV.
 

motocompacto


Tidak seperti model asal Motocompo yang hadir dengan enjin dua lejang 49 cc berkuasa 2.5 hp, Motocompacto tampil sebagai sebuah skuter elektrik berkuasa... emm.. ya.. 0.6 hp dengan bateri 6.8Ah.

Pengecasan penuh boleh dibuat dalam masa 3.5 jam, dan setelah siap ia boleh ditunggang pada jarak sejauh 19 km dengan kelajuan maksimum 24 km/j sahaja.
 

moito


Di Amerika Syarikat, anda boleh membeli Honda Motocompacto dengan harga $995 (RM4,727).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Sebagai sebuah skuter elektrik, Motocompacto direka untuk pengangkutan di bandar di dalam satu…
Berita Global
Careta sebelum ini pernah melaporkan bahawa Honda sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan semula…