Waze bakal perkenal 5 ciri baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Waze, sistem navigasi milik Google telah mengumumkan bahawa ia akan memuat-naik lima ciri baharu yang bakal memudahkan lagi penggunanya.

Menurut email yang dihantar ke pengguna-pengguna di Malaysia baru-baru ini, lima ciri itu lebih kepada melancarkan pemanduan dan juga untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.
 

Early warning

1. Amaran awal agar anda tak terkejut!

  • Waze akan memberi amaran sekiranya ada selekoh tajam, bonggol, plaza tol dan sebagainya di hadapan.

 

 

2. Jangan langgar petugas kecemasan!

  • Anda akan diberitahu bahawa ada kenderaan kecemasan seperti ambulan, bomba atau polis yang berhenti di hadapan. Ini membolehkan anda memperlahankan kenderaan anda bagi memastikan petugas kecemasan dilindungi. 
  • Ciri ini sudah wujud untuk pengguna-pengguna di US, Kanada, Mexico dan Perancis. Ia akan diterima secara berperingkat di negara lain.

 

 

3. Perlahan! Had laju menurun di depan!

  • Anda tidak perlu memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba untuk mengikut had laju yang lebih rendah di hadapan. Waze akan memberikan amaran akan penurunan had laju itu. 

 

 

4. Waze tahu laluan lazim anda, tetapi ada yang lebih baik!

  • Waze akan memberikan akses untuk laluan lazim anda dan akan memberi pilihan alternatif jika berlaku kesesakan.

 

 

5. Ciri khusus untuk warga Bangi

  • Ciri baharu ini akan memudahkan pemandu untuk memandu di bulatan dengan arahan yang lebih jelas, contohnya lorong mana yang terbaik dan di mana anda patut keluar.
  • Untuk kawasan yang banyak bulatan tetapi penuh dengan pemandu yang gagal memahami fungsi bulatan (roundabout) seperti di Bangi, ini satu fungsi yang terbaik!

 

Waze walaubagaimanapun menyatakan bahawa amaran-amaran itu mungkin tidak akan keluar setiap masa anda memandu dan pemandu mesti sentiasa peka dan membuat keputusan yang bijak.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, remaja itu dikatakan sesat kerana mengikut aplikasi peta Waze untuk pulang…