Warga ProLintas terima suntikan vaksin

oleh HEZERI SAMSURI|
Seramai 375 warga kerja syarikat Prolintas menerima suntikan vaksin pertama menerusi Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam hari ini.

Inisiatif Prolintas dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ini adalah untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja Prolintas dan selaras dengan usaha kerajaan untuk mempercepatkan proses vaksinasi untuk industri perkhidmatan dan pembinaan.

Pekerja Prolintas yang terbabit menerima temu janji mereka melalui aplikasi MySejahtera dan suntikan dos kedua mereka ialah dalam tempoh tiga minggu lagi.

Mereka yang terbabit ialah kakitangan Prolintas yang bertugas di ibu pejabatnya serta lebuh raya di bawah selian syarikat itu:

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Kajang SILK (SILK)
  • Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE)
  • Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)

Lebih separuh dari 630 warga Prolintas telah mendapat vaksinasi menerusi Program Imunisasi covid-19 Kebangsaan (PICK).


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 700 pek daging korban telah diedarkan kepada golongan tersebut yang tinggal berhampiran…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Dato' Mohammad Azlan Abdullah berkata…
Informasi
  Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., selaku syarikat pemegang konsesi bagi projek…