PROLINTAS TAJA KELAS TUISYEN KEPADA LEBIH 100 CALON SPM

oleh Firdaus Razani|
BERSEMPENA dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan datang, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) baru-baru ini memberi tajaan tuisyen kepada Lebih 100 calon SPM daripada keluarga berpendapatan rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atau Tuisyen Pintar YPM @KKDW.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk menyumbang semula kepada masyarakat, seiring dengan komitmennya dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) berteraskan pendidikan.

Melalui Inisiatif CSR atas kerjasama antara PROLINTAS dan YPM sejak beberapa tahun lalu, ia dapat meringankan beban kepada ibubapa yang tidak mampu memberi kelas tuisyen tambahan kepada anak-anak mereka.

“Dengan tajaan ini, pelajar-pelajar berpeluang mendapatkan tip-tip menjawab kertas peperiksaan daripada tenaga pengajar bertauliah ketika sesi tuisyen berkenaan,” jelas Datuk Mohammad Azlan.

Program tuisyen ini melibatkan sebanyak lapan buah sekolah dan sekolah yang terlibat merupakan sekolah yang terletak berhampiran lebuh raya di bawah kendalian PROLINTAS.

Sekolah-sekolah tersebut adalah SMK Taman Seraya, SMK Pandan Mewah, SMK Pandan Indah, SMK Tasik Permai, SMK Pandan Jaya, SMK Taman Kosas, SMK Bandar Baru Ampang dan SMK Dato’ Ahmad Razali.

 

PROLINTAS

Pengurus Besar Lebuhraya SUKE, En Zakaria Shaffie bersama calon SPM yang menyertai Tuisyen Pintar YPM @ KKDW di SMK Taman Seraya.

Selain itu, 10 sesi tuisyen turut dijalankan secara berpusat di SMK Taman Seraya selaku tuan rumah dengan fokus diberikan kepada empat subjek teras SPM iaitu Bahasa Malaysia, Sejarah, Matematik dan Pendidikan Islam.

PROLINTAS akan terus komited untuk meneruskan inisiatif seperti ini dan berharap agar semua pelajar terlibat berjaya menjawab peperiksaan dengan baik serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Menurut ketua komunikasi korporat Prolintas, Badri Ibrahim berkata, langkah itu seiring dengan…