PENUTUPAN SEMENTARA LEBUHRAYA AKLEH & LEBUHRAYA SUKE SEMPENA AS INTERNATIONAL HALF MARATHON (ASIHM)

oleh Firdaus Razani|
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) memaklumkan dua lebuh raya kendaliannya iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan sebahagian laluan di sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan ditutup sementara sempena penganjuran AS International Half Marathon pada 3 Februari 2024.
AION MREC Banner Campaign May 2024
prolintas

 

Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4 Februari 2024.

Bagi Lebuhraya AKLEH, penutupan sepenuhnya dilaksanakan dalam tempoh tersebut di kesemua laluan keluar dan masuk.

Manakala, hanya sebahagian jajaran Lebuhraya SUKE iaitu melibatkan semua susur keluar dan masuk bermula dari selepas Exit 1907 (Persimpangan Tasik Tambahan) sehingga ke Exit 1914 (Persimpangan Bukit Antarabangsa) bagi kedua-dua arah, akan ditutup dalam tempoh sama.

Walaubagaimanapun, pengguna dari arah Sri Petaling masih boleh menggunakan Lebuhraya SUKE sehingga ke Exit 1907 (Persimpangan Tasik Tambahan) iaitu susur keluar ke Jalan Taman Putra atau Hulu Langat.

Kesemua laluan yang ditutup akan dibuka semula kepada pengguna bermula jam 2.01 pagi, 4 Februari 2024.

Sila gunakan laluan alternatif. Pengguna disaran untuk mematuhi papan tanda jalan yang dipasang di sepanjang jajaran lebuh raya dan arahan petugas trafik di lokasi.

Pihak Operasi AKLEH dan SUKE bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak penganjur bagi memastikan keadaan lalu lintas sepanjang penganjuran acara berkenaan berjalan lancar.

Pengguna lebuh raya yang mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi talian Hotline PROLINTAS di 1-800-22-8888 atau emelkan ke [email protected].

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut PROLINTAS, pihak mereka masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa dan…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…