Menurut CEO-nya Oliver Blume bercakap kepada Financial Times, pihak Porsche China mahu mengekalkan imej "Made in Germany" walaupun China kini merupakan pasaran terbesar syarikat tersebut.
"Adalah tidak masuk akal untuk memindahkan produksi dari Jerman ke China, ia adalah berkaitan kualiti dan pengalaman premium pengeluaran Eropah untuk pasaran China.
Tahun 2020, Porsche telah pun mengedarkan kira-kira 272,162 unit kenderaan, dan daripada jumlah itu 88,968 unit dikhususkan untuk pasaran China.
Sebagai perbandingan, untuk tempoh yang sama Porsche telah pun berjaya menjual kira-kira 80,892 unit kenderaan di Eropah, dan 57,294 unit di Amerika Syarikat.
Blume turut menyedari mereka mungkin akan memerlukan sebuah kilang khusus di pasaran tersebut, jika China berterusan menjadi penyumbang utama kepada penjualan kenderaan di peringkat global.
"Dalam masa 10 tahun akan datang, saya tidak pasti," ujar beliau kepada Financial Times.
"Ia bergantung kepada perubahan jumlah jualan, serta regulasi yang dikenakan untuk setiap negara.
Sumber: Financial Times