Waranti seumur hidup untuk Neta V!

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembeli kereta elektrik (EV) Neta V akan menerima waranti seumur hidup (Lifetime Warranty) yang memberi perlindungan untuk bateri, motor dan unit kawalan motor.

Tawaran istimewa ini khusus untuk 500 pembeli pertama yang membeli model Neta V dari 1 April hingga 30 Jun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan sebagainya.

Ia juga terpakai selagi pemilik pertama memiliki kenderaan tersebut dan selagi Neta berada di Malaysia (Neta juga  kini sedang membina kilang pemasangan kenderaan di Chembong, Negeri Sembilan).

Ia bagaimanapun tidak terpakai jika kenderaan itu sudah dijual. Jarak perbatuan juga tidak boleh melebihi 30,00 km untuk setiap tahun.

Menurut Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengerusi Eksekutif Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB), waranti ini diberikan kerana yakin dengan proses pembuatan dan pemasangan Neta yang sudah mula popular di persada antarabangsa.

Waranti seumur hidup itu juga akan diterima oleh mereka yang sudah memiliki Neta V.

Azli juga memperkenalkan Program Kesetian Pelanggan (Loyalty Program) di mana mereka yang layak akan menerima kemudahan eksklusif dan faedah-faedah yang akan meningkatkan lagi pengalaman pemilikan mereka, termasuk ganjaran bernilai sehingga RM24,300.Selain dari itu, mereka juga akan menerima diskaun untuk aksesori-aksesori terpilih, cabutan bertuah dan banyak lagi.
 

Pembinaan kilang pemasangan CKD Neta sedang berjalan lancar.
Pembinaan kilang pemasangan CKD Neta sedang berjalan lancar.

 

Harga Neta V ialah RM99,800 tetapi jika anda ke dewan pameran, kemungkinan besar akan ada rebat tunai yang mampu menurunkan lagi harga EV tersebut.

Neta V datang dengan bateri Lithium-Ion berkapasiti 38.5 kWh buatan CATL, dengan kuasa 94 hp dan 150 Nm. Ia mempunyai jarak gerak sejauh 380 km NEDC dan kelajuan maksimum 120 kmsj.

Selain dari itu, ia mempunyai pengecaj AC sehingga 6.6kW dan pengecaj DC sehingga 100kW.

ISSB dan Neta juga dalam proses pembinaan kilang pemasangan kenderaan mereka 

Untuk info lanjut berkaitan waranti yang menakjudkan itu atau Program Kesetiaan Pelanggan Neta, hubungi 016 504 0881 atau layari http://neta.my.

Careta pernah memandu uji Neta V ini dan di bawah ialah video pandu uji kami.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang tersebut mempunyai kapasiti untuk memasang sebanyak 20,000 unit EV setahun dan ia akan…
Berita Global
Biarpun dalam keadaan cuaca sejuk negatif 7°C, EV yang menggunakan platform CIIC ini masih lagi…
Pelancaran
Sempena pelancaran tersebut, Intro Synergy kini menawarkan tawaran baucar tunai RM10,000 untuk…