Platform papan selaju EV CATL tawar jarak gerak sejauh 1,000 km!

oleh Mohamad Hanif|
Pembuat bateri kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia, CATL mengumumkan pembangunan platform papan selaju baharu yang boleh digunakan oleh kebanyakan pengeluar EV.

Platform CATL Integrated Intelligent Chassis (CIIC) itu kini sedang diuji di China, dengan menawarkan jarak gerak sejauh 1,000 km untuk setiap pengecasan penuh!

Bukan itu sahaja, ciri pengecasan pantas membolehkan jarak gerak sejauh 300 km ditambah dalam masa lima minit sahaja, dengan kadar penggunaan tenaga 10.5 kWh untuk setiap 100 km.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun dalam keadaan cuaca sejuk negatif 7°C, EV yang menggunakan platform CIIC ini masih lagi boleh bergerak sejauh 700 km.

Pelantar CIIC ini menggunakan teknologi Cell to Chassis (CTC) yang mengintegrasikan motor elektrik, pek bateri, sistem voltan rendah dan tinggi, stereng dan juga brek yang mampu mengurangkan kos produksi dan tempoh pembangunan.

Dalam masa yang sama, ia memberikan lebih kebebasan kepada para pereka untuk tampil dengan rekaan badan yang berbeza walaupun menggunakan platform yang sama.
 

neta


Walaupun mempunyai platform baharu ini, CATL sebenarnya tidak berminat untuk menghasilkan EV sendiri.

Sebaliknya, mereka bercadang untuk berkongsi teknologi tersebut dengan pengeluar lain, dimulakan dengan Hozon Auto yang merupakan pemilik jenama EV Neta.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif CATL, Dr Robin Zeng, memberitahu Financial Times bahawa teknologi bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, bateri baharu LFP itu dijangka akan dimuatkan pada model-model kereta…