Sempena pelancaran tersebut, Intro Synergy kini menawarkan tawaran baucar tunai RM10,000 untuk mereka yang menempah sepanjang tempoh pameran Malaysia Autoshow 2023, melalui laman web Neta, terhad kepada 100 orang terawal.

NETA V merupakan sebuah EV kompak dalam siri barisan jenama itu yang menggunakan platform HPC, dilengkapi motor elektrik tunggal pada roda hadapan, dipadankan bersama pek bateri berkapasiti 38.5 kWj.
EV kompak itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 94 HP dan 150 Nm, dengan kemampuan jarak gerak sehingga 380 km, dan kelajuan tertinggi sehingga 120 kmj.

Neta V menyokong pengecasan AC dan pengecasan pantas DC, dimana melalui pengoptimuman sistem pengurusan bateri, masa pengecasan boleh dipendekkan 30-80% dalam masa 30 minit untuk pengecasan DC.
Ia turut didatangkan dengan sistem vehicle-to-load (V2L) yang menyokong 3.3 kW, dimana boleh menjadi sumber tenaga untuk peranti lain.

Pada bahagian dalam, ia menampilkan reka bentuk moden yang minimalis dengan bahan premium dan teknologi canggih, termasuk skrin infotainment 14.6 inci, serta pelbagai ciri keselamatan seperti kawalan pelayaran adaptif, ABS, EBD, EPB, EHB dan dua beg udara.
Untuk pasaran Malaysia, Neta V ditawarkan dengan pakej jaminan 10 tahun atau 200,000 km untuk kereta, 5 tahun atau 150,000 km untuk komponen am, dan 8 tahun atau 180,000 km untuk komponen EV.

Bagi mereka yang berminat dengan model EV paling murah di pasaran buat masa ini, sila kunjungi Hall D MAEPS, di pameran Malaysia Autoshow 2023.