Wakil pertama Malaysia berjaya mara ke pusingan akhir Hot Wheels Legends Tour 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Lebih satu juta tontonan dalam talian dicatatkan pada siaran langsung akhir Hot Wheels Legends Tour 2020 yang kini memasuki tahun ketiga.

Hot Wheels Legends Tour merupakan satu pertunjukan kereta bergerak yang dianjurkan saban tahun bagi mencari sebuah model yang paling ikonik untuk diabadikan dalam bentuk diecast 1:64, di mana Malaysia merupakan negara Asian pertama yang dijemput untuk menyertai USA, UK, Mexico dan Jerman.

Sebanyak 12 peserta akhir telah dipilih daripada 67 penyertaan tempatan dan diadili oleh barisan hakim terdiri daripada pereka Hot Wheels terkemuka: Ryu Asadan, Phil Riehldman, Brendon Vetuskey dan Lindsey Lee.

 


Satu-satunya wakil Malaysia, Ravinder Singh yang merupakan pemilik THe Classic Garage, Johor telah berjaya mara ke pusingan akhir menerusi Mercenary, sebuah Morris Minor yang diinspirasikan daripada hot rod Amerika.

Binaan Mercenary dipuji oleh para hakim disebabkan penggunaan tayar zaman yang betul, serta pilihan komponen yang tepat di mana ia memberikan penampilan silhouette yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan.

Malah, ia disifatkan sebagai 'dibina untuk diri sendiri (Ravinder Singh) untuk menghidupkan visinya'.

Acara tahunan Art of Speed kali ke-sembilan akan berlangsung di 1Utama Shopping Centre, Bandar Utama bermula 30 September sehingga 3 Januari 2021, dan kemasukan adalah percuma.

Para pengunjung bakal berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat model skala 1:1 Hot Wheels Volkswagen Fastback '65, serta lima penyertaan kereta kustom Hot Wheels Legends Tour.

 


Pihak Hot Wheels juga turut menawarkan pakej menarik, di mana setiap pembelian melebihi RM250 akan menerima promosi GWP berupa diecast edisi terhad Hot Wheels '65 Volkswagen Fastback.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menariknya, daripada 163 penyertaan yang diterima daripada rakyat Malaysia, 12 daripadanya telah…
Berita Domestik
Hot Wheels Legends Tour telah pun memasuki tahun ketiga penganjurannya di mana acara tahun lalu…