VW Touareg 2024 - SUV Premium yang berbaloi!

oleh Firdaus Razani|
Mungkin ramai pernah mendengar nama model SUV flagship dari Volkswagen iaitu Touareg yang suatu ketika dulu pernah berada di pasaran tempatan dan kali ini kembali memeriahkan pilihan SUV premium.

VW Touareg merupakan SUV pertama bagi jenama VW, tetapi ia seolah-olah ‘underated’ bagi kalangan dalam pilihan SUV premium yang berada di atas jalan raya ketika ini.

 

vw

 

Mungkin ‘kehilangan’ selama 12 tahun dalam pasaran menjadi sebab? atau juga kehadiran SUV Tiguan juga menjadi namanya sedikit ‘terlindung dari pandangan’ untuk seorang pengemar SUV?

Jangan pandang rendah pada Touareg ini ya, sekitar tahun 2006, model Touareg yang ketika itu dinadikan dengan enjin V10 TDI pernah menarik sebuah pesawat Boeing 747.

 

vw

 

Tetapi itu kekal menjadi sejarah bagi jenama VW, tetapi ada satu perkara yang lebih membanggakan ketika ini adalah, Malaysia adalah negara pertama yang memasang model Touareg luar dari kilang di Bratislava, Slovakia.

Itu sedikit sebanyak, perkara mengenai model VW Touareg ini.

Baru-baru ini, salah seorang kru Careta, telah berpeluang melakukan pandu uji model Touareg R-Line dalam satu sesi media drive yang dianjurkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

 

vw

 

Sesi media drive itu bermula dari sekitar Lembah Klang iaitu di Damansara menuju ke Pantai Timur iaitu ke Kuantan, Pahang.

Jika bergerak menuju ke Pantai Timur dari Lembah Klang, salah satu pilihan laluan yang terdekat boleh dilalui adalah Lebuhraya Karak yang agak terkenal dengan laluan bengkang bengkok mencabar.

Jadi disitulah VW Touareg diuji keupayaannya dari segi prestasi, kawalan serta pengalaman pemanduan.

 

vw

 

Kru Careta berkongsi bahawa, beliau sungguh teruja memandu SUV ini, kuasa output yang dihantar dari nadi enjin serta kawalan memandu kereta ini, menjadi ia seronok dipandu dalam disepanjang lebuhraya.

Touareg R-Line dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6 TSI yang menghasilkan kuasa mencecah 340PS dan tork sehingga 450Nm yang dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik dan sistem 4MOTION pintar.

 

vw

 

Mungkin dengan kuasa dari enjin V6 tersebut menjadikan Touareg R-Line ini sebuah SUV yang menarik untuk dipandu, pakej sekali dengan dalaman yang serba mewah dan premium.

Jadi, ia menjadi ‘keypoint’ penting bagi Touareg ini dalam ciri pengalaman pemanduan yang bukan sahaja mengutamakan prestasi, tetapi keselesaan ketika memandu dalam apa jua keadaan.

 

vw

 

Selain diuji di atas jalan raya biasa ketika menuju Kuantan, Kru Careta memandu Touareg ini ke kawasan Sungai Lembing untuk menguji keupayaan dan mod pemanduan Touareg di permukaan light off-road.

 

vw

 

Di permukaan kawasan tersebut, air suspension yang didatangkan secara standard diuji, dimana ia mampu mengubah suai ketinggian kenderaan sehingga 70mm dan direndahkan sehingga 40mm.

Tambahan pula, dengan wading level sehingga 550mm, VW Touareg mampu merentas sungai kecil tanpa sebarang masalah.

 

vw

 

Jadi, sudah pasti apabila memandu di atas permukaan kawasan tersebut, ia menjadikan SUV Touareg ini bukan sahaja baik diatas permukaan yang rata, tetapi juga mampu merentas keadaan jalan off-road.

Bagi pengalaman pemanduan di dalam kenderaan, ia memberi pengalaman yang cukup memuaskan ketika memandu SUV premium dari VW ini, yang mengabungkan ciri moden, sporty dan elegan di bahagian dalaman.

 

vw

 

Untuk bahagian dalaman, ia mempunyai ciri sistem kawalan suhu 4 zon Climatronic yang membuatkan Touareg ini lebih selesa bukan sahaja untuk pemandu, tetapi kepada keseluruhan penumpang.

Pada bahagian kokpit, ia menampilkan klustermeter digital bersaiz 12.3 inci di bahagian pemandu serta skrin sentuh berukuran 15 inci untuk sistem infohibur Discover Pro Max bersama ciri Wireless App-Connect dan pengecasan tanpa wayar.

 

vw

 

Kru Careta berkongsi, ciri pada bahagian dalaman merupakan antara ciri yang buat beliau tertarik dengan Touareg terbaharu ini, tidak kira memandu di dalam apa jua keadaan.

Tambah beliau, VW Touareg ini sesuai dipandu untuk setiap golongan, tidak kira yang berjiwa muda, jiwa yang elegan, kereta ini amat sesuai untuk mereka lagi-lagi dengan reka bentuk yang agresif dari depan hingga belakang.

 

vw

 

Oleh itu, Touareg ini bukan calang-calang SUV, ia tampil dengan keseluruhan yang memuaskan hati, dari segi reka bentuk, sehinggalah pengalaman pemanduan.

VW Touareg kini dijual dengan harga bermula dari RM469,990 yang dikira agak berbaloi untuk SUV flagship dalam kelas saingannya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketahanan yang lemah pada unit kawalan elektronik hidraulik (HECU) menyebabkan 37,169 unit bagi dua…
Berita Global
Volkswagen ID.3 GTX dan ID.7 GTX Tourer   Sama seperti Tourer, model fastback GTX dibekalkan…
Berita Global
  Kuasa? Enjin EA888 LK3 evo4 2.0 liter turbo menghasilkan 300 ps dengan daya kilas 400Nm dan…