Hyundai, Kia, Volkswagen, Tesla di Korea Selatan panggil balik 457,000 kenderaan

oleh Penyumbang Rencana|
Empat pengeluar kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan memanggil semula 457,000 kenderaan kerana kecacatan pengeluaran, menurut kementerian pengangkutan pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan, Hyundai Motor akan memanggil semula 236,518 unit bagi dua model berbeza, termasuk G80 kerana kecacatan reka bentuk pada 'starter' enjin.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Ketahanan yang lemah pada unit kawalan elektronik hidraulik (HECU) menyebabkan 37,169 unit bagi dua model Hyundai termasuk Maxcruz dipanggil balik.

Selain itu, 18,397 unit versi hibrid Hyundai Santa Fe akan dipanggil balik kerana ralat perisian dalam sistem brek elektronik.

Kia Corp pula akan memanggil semula 157,188 unit Sportage kerana isu ketahanan rendah pada HECU yang menimbulkan risiko kebakaran.

Volkswagen Group Korea akan memperbaiki ralat perisian dalam sistem kawalan maklumat dan elektronik pada 4,886 unit model ID.4 82kWh, manakala Tesla Korea akan memanggil semula 2,819 unit daripada empat model, termasuk Model 3 kerana sistem amaran tali pinggang keledar yang rosak.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat (AS), sebanyak 195,000 kereta turut terlibat. BMW tidak memberikan angka…
Berita Domestik
Terdapat dua jenis isu berasingan melibatkan komponen pam bahan api yang dikesan: Pertama, pam…
Berita Global
Panggilan semula ini melibatkan sebahagian besar model Ford dan Lincoln dari tahun model 2021…