VW ID.7 2024 - Sedan elektrik dengan jarak gerak 700 km muncul di CES

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Consumer Electronics Show di Las Vegas, Volkswagen mendedahkan model sedan elektrik ID.7 yang merupakan versi produksi kepada model konsep ID.Aero yang telah diperlihatkan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

VW ID.7 ini dibangun menggunakan senibina MEB+ yang menawarkan jarak gerak yang lebih jauh serta kadar pengecasan yang lebih pantas.

Spesifikasi seperti kuasa dan daya kilas masih lagi dirahsiakan, namun sedan ini dikatakan mampu mencapai jarak gerak sehingga 700 km berdasarkan data kitaran WLTP.

Ukuran sebenar sedan ID.7 ini juga belum didedahkan. Menurut VW, ID.7 mempunyai ukuran jarak antara roda sepanjang 2,969 mm, menjadikannya 94 mm lebih panjang berbanding Tesla Model 3.
 

ID.7


Ia juga turut menyumbang kepada ruang kabin yang lebih luas dan selesa.

Dari segi luaran, ID.7 ini membawakan banyak persamaan rekaan dengan ID.Aero, namun ia dapat dibezakan dengan kehadiran unit pencahayaan yang lebih ringkas, cermin sisi fizikal, rekaan bampar yang diubah sedikit serta rim berdiameter sedikit kecil.

Versi produksi ini masih lagi dibaluti dengan 'pelekat samaran' yang diinspirasikan daripada kod QR.
 

ID.7


Menurut Volkswagen, sebanyak 40 lapisan cat telah digunakan untuk mencipta rekaan pelekat samaran tersebut, dan teknologi elektroluminescence dimuatkan pada 22 poin pada panel badan bertujuan untuk mencipta persembahan cahaya yang unik.

Masuk ke dalam ruang kabin, anda akan disambut dengan susun atur papan pemuka yang ringkas.

Di hadapan pemandu terdapat roda stereng dengan butang sensitif sentuhan yang akan digantikan dengan butang fizikal apabila sedan ini diproduksikan kelak, diikuti dengan skrin digital kecil dan paparan head-up realiti terimbuh.
 

ID.7


Segala fungsi dan tetapan kenderaan boleh diakses menerusi skrin tengah stail tablet bersaiz 15 inci yang turut mengintegrasikan kawalan iklim kabin pada bahagian bawah.

Ciri kawalan iklim "Smart Air Vents" pula mampu melaraskan tetapan suhu kabin secara automatik bergantung kepada suhu persekitaran di luar kenderaan.

Difahamkan, pelancaran rasmi Volkswagen ID.7 ini dijadualkan pada suku kedua 2023 (Q2 2023) dan bakal dijual di tiga buah benua iaitu Eropah, Asia (China) dan Amerika Utara.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan pelantar SLTA Large Stellantis, Peugeot Inception Concept ini membawakan…
Berita Global
Bertempat di Consumer Electronics Show 2023, mereka turut memperlihatkan sebuah model konsep…