Peugeot dedah Inception Concept - sedan elektrik 680 hp, Swapandu Tahap 4, dan roda stereng empat segi unik

oleh Mohamad Hanif|
Peugeot berjaya mencuri tumpuan para pengunjung CES 2023 dengan kehadiran sebuah model konsep yang agak radikal iaitu Peugeot Inception Concept.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibangun menggunakan pelantar SLTA Large Stellantis, Peugeot Inception Concept ini membawakan ukuran sepanjang lima meter, dan pek bateri 100 kWh yang membenarkan jarak gerak sejauh 800 km untuk sekali cas penuh.

Dengan senibina elektrik 800 voltan dan sistem pengecasan induksi (nirwayar), EV ini mampu menambah jarak sehingga 150 km dalam masa lima minit sahaja.
 

cc


Dari segi kuasa, Peugeot Inception Concept ini didatangkan dengan tetapan dua motor elektrik dan sistem pacuan semua roda, dengan hamburan kuasa menghampiri angka 680 hp.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas kurang tiga saat.

Antara ciri unik dan radikal wujud pada Inception Concept ini ialah kehadiran kaca hadapan Narima gergasi seluas 7.25 meter persegi.
 

ic


Menurut Peugeot, kaca Narima ini turut menerima salutan keluli oksida yang sama digunakan pada visor helmet angkasawan NASA bertujuan untuk menjadikan permukaan yang berkilat.

Terdapat juga Tech Bar pada bahagian sisi kereta yang memaparkan informasi seperti status pengecasan semasa dan mesej penting sebelum pemandu memasuki kereta.

Bentuk rekaan hadapan Inception Concept ini mengingatkan kita kepada model-model klasik Peugeot serta model konsep Peugeot e-Legend yang diperlihatkan beberapa tahun yang lalu.

Struktur seakan jeriji dengan tiga jalur LED yang menghubungkan lampu LED kuku singa itu sebenarnya merupakan sebuah panel kaca yang melintang penuh.
 

ic


Tema yang sama turut digunapakai pada bahagian belakang yang menjadikan penampilan Inception Concept ini lebih agresif.

Keempat-empat sudut tayar dipasangkan dengan rim yang sama wujud pada model Peugeot 408, dengan emblem singa di bahagian tengah yang mempunyai ciri self-levelling.
 

ic


Anda mungkin tidak akan selesa dengan rekaan tempat duduk yang bersegi itu, diikuti dengan 'roda' stereng berbentuk segi empat yang digelar sebagai Hypersquare diinspirasikan daripada kayu ria permainan video.

Selain menempatkan fungsi kawalan seperti mod pemanduan serta kawalan audio, roda stereng itu digunakan untuk mengawal gandar depan menerusi teknologi steer-by-wire.

Ciri swapandu Tahap 4 STLA AutoDrive yang wujud pada model ini membolehkan stereng empat segi dan keseluruhan papan pemuka itu disembunyikan bagi mewujudkan ruang kabin yang lebih luas dan selesa.
 

ic


Di mana pula terletaknya skrin paparan kereta ini? Anda hanya perlu mencari struktur berbentuk silinder bernama Halo Cluster yang terdapat di hadapan roda stereng itu tadi.

Kedengaran agak futuristik untuk kesemua ciri yang disebutkan itu tadi, namun Peugeot mahu merealisasikan ciri inovasi yang terdapat pada model konsep ini ke dalam model produksi menjelang tahun 2025.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di Consumer Electronics Show 2023, mereka turut memperlihatkan sebuah model konsep…
Berita Global
VW ID.7 ini dibangun menggunakan senibina MEB+ yang menawarkan jarak gerak yang lebih jauh serta…