VW Golf GTi 2024 kini dengan skrin HUD, audio Harman Kardon, harga RM252,990

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan kemaskini terhadap hot hatch Golf GTI 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD), serta sistem audio Harman Kardon 480-watt dengan 10 pembesar suara.
 

GOlf


Dari segi kuasa, Golf GTI dijana dengan enjin empat silinder sebaris 2.0TSI yang mampu menghasilkan 245 PS dan daya kilas 370 Nm, dipadankan dengan transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan.

Secara standard, Golf GTI didatangkan dengan kemasan GTI berwarna merah, jeriji hadapan rekaan sarang lebah, rim aloi Richmond 18 inci, angkup brek berwarna merah dan sistem lampu LED sepenuhnya depan dan belakang.
 

Golf


Ciri keselamatan IQ. Drive termasuklah Travel Assist, Adaptive Cruise Control (ACC), Side Assist (bantuan titik buta), Rear Cross Traffic Alert, Front Assist (brek kecemasan automatik, AEB), Lane Assist dan Adaptive Lane Guidance.

Harga jualan Golf GTI bermula dari RM252,990, di mana setiap pembelian disokong dengan jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun, bantuan tepi jalan (5 tahun), dan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun.
 

Golf


Berminat untuk memiliki model-model terbaharu Volkswagen?

Untuk tahun ini, VPCM akan memulakan program jelajah di Pulau Pinang pada 4-7 Januari 2024 bertempat di Queensbay Mall.

Di situ, anda boleh melihat barisan model termasuklah Arteon R-Line, Golf R, Tiguan Allspace R-Line serta Golf GTI yang telah dinaiktaraf.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…