Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang ditawarkan:
- Tiguan Allspace Elegance - Harga asal (RM202,990), selepas diskaun (RM192,990), jimat RM10,000
- Tiguan Allspace R-Line - Harga asal (RM255,990), selepas diskaun (RM240,990), jimat RM15,000
- Golf GTI - Harga asal (RM244,990), selepas diskaun (RM234,990), jimat RM10,000
- Arteon R-Line 4MOTION - Harga asal (RM299,990), selepas diskaun (RM276,990), jimat RM23,000

Bermula 6 hingga 10 September ini, anda berpeluang menyaksikan sendiri pelbagai tawaran menarik barisan model Volkswagen melalui acara Jelajah Volkswagen di pusat membeli-belah 1Utama oleh VPCM.
Diadakan di Oval New Wing, tarikan utama jelajah tersebut ialah debut umum model Golf R 2023 kelahiran Pekan, Pahang dengan harga anggaran bermula dari RM330,000 hingga RM350,000.
Golf R pemasangan tempatan itu didatangkan standard dengan pakej Performance Pack yang merangkumi rim aloi Estoril bersaiz 19 inci, sayap belakang yang lebih besar, serta sistem ekzos Akrapovic.
Performance Pack itu turut hadir dengan dua mod pemanduan baharu, iaitu mod Drift dan juga mod Special.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Volkswagen Malaysia.