VOLKSWAGEN TOUAREG KEMBALI KE MALAYSIA - HARGA DARI RM469,990

oleh Firdaus Razani|
Selepas 12 tahun menghilang dari pasaran, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini secara rasmi memperkenalkan SUV Touareg generasi terbaharu iaitu Touareg R-Line ke pasaran tempatan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran Volkswagen semenjak prebiu globalnya pada tahun 2002.

 

vw

 

Touareg R-Line dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6 TSI yang menghasilkan kuasa mencecah 340PS dan tork sehingga 450Nm yang dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik dan sistem 4MOTION pintar.

 

vw

 

Sistem tersebut membenarkan pemandu untuk memilih mod pemanduan yang mengubah suai karakter rangkaian kuasa bagi disesuaikan dengan corak pemanduan dan permukaan jalan.

Bagi reka bentuk luaran, pada bahagian hadapan, gril radiator, lampu utama dan apron hadapan telah menerima rekaan baharu yang nampak moden dan lebih segar.

 

vw

 

Pada rekaan bahagian belakang kini juga lebih tajam dengan jalur lampu LED dan kini logo Volkswagen di belakang menampakkan cahay berlampu warna merah.

Ciri tersebut merupakan yang pertama kerana sebelum ini ia hanya ditawarkan di pasaran China dan Amerika Syarikat.

 

vw

 

Hadir dengan pakej R-Line, ia menggabungkan rekaan elegan, bergaya dengan sporty yang dinamik, bersama rim aloi Braga bersaiz 20 inci, kemasan krom serta insignia ‘R’ pada bahagian pintu dan gril hadapan.

 

vw

 

Touareg terbaharu ini membawakan ciri teknologi pada pencahayaan menerusi lampu utama IQ.LIGHT HD MATRIX baharu yang merupakan salah satu sistem lampu terbaik di dunia.

Sistem lampu pintar tersebut terdiri daripada lebih 38,000 unit LED mikro interaktif yang menerangi jalan dengan lebih tepat berbanding sebelumnya.

 

vw

 

Selain itu, ia turut hadir dengan ciri Night Vision, ia merupakan yang pertama untuk model Volkswagen di Malaysia berfungsi untuk memberikan visual pemandu yang lebih baik pada waktu malam.

Sistem tersebut menggunakan sensor inframerah di dalam kamera untuk mengesan suhu sehingga 130 meter bagi memastikan pemandu sentiasa berwaspada dengan pelanggaran yang mungkin berlaku.

 

vw

 

Touareg R-Line terbaharu ini dibina di atas platform MLB Evo daripada Volkswagen Group, kabin lima tempat duduk yang memberikan rasa premium.

Pada bahagian kokpit, ia menampilkan klustermeter digital bersaiz 12.3 inci di bahagian pemandu serta skrin sentuh berukuran 15 inci untuk sistem infohibur Discover Pro Max bersama ciri Wireless App-Connect dan pengecasan tanpa wayar.

 

vw

 

Ia turut tampilkan sistem bunyi 730W Dynaudio Consequence yang dikuasakan oleh amplifier berkapasiti 80W yang terdiri daripada 13 unit pembesar suara dengan sebuah sub-woofer berada di dalam but.

Selain itu, ia turut memberikan keselesaan dengan Sistem kawalan suhu 4-zon eksklusif untuk Touareg memberikan ruang kabin yang selesa kepada penumpang hadapan dan belakang.

 

vw

 

Ia turut hadir dengan suspensi udara dengan ciri pelarasan automatik menjadi ciri standard yang akan mengubah suai ketinggian kenderaan serta boleh direndahkan sebanyak 40mm.

 

vw

 

Touareg juga disokong oleh teknologi keselamatan termaju Volkswagen, IQ.DRIVE yang menawarkan sokongan pintar kepada pemandu bagi meningkatkan aspek keselamatan.

Sistem keselamatan tersebut merangkumi ciri-ciri seperti berikut ;

  • Adaptive Cruise Control ACC (dengan Stop & Go),
  • Area View,
  • Autonomous Emergency Braking Front Assist,
  • Automatic Post-Collision Braking,
  • Lane Assist/Lane keeping,
  • Park Assist,
  • Side Assist dengan Rear Cross Traffic Alert,
  • Advanced driver attention & drowsiness monitor
  • Tyre Pressure Monitoring System.

 

Model ini juga menjadi model Volkswagen pertama yang ditawarkan dengan ciri Bantuan Lintasan Trafik Hadapan (Front Cross Traffic Assist), ia menggunakan radar untuk memantau trafik dari kedua-dua arah ketika berada di simpang jalan.

Touareg R-Line hadir dalam lima pilihan warna iaitu biru (Lapiz Blue), kelabu (Silicon Gray), hitam (Grenadilla Black), putih (Oryx White) dan perak (Dolomite Silver).

 

vw

 

Ia turut hadir bersama Pakej Jaminan Volkswagen yang merangkumi penyelenggaraan percuma, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama lima tahun.

Harga jualan bagi Volkswagen Touareg R-Line 2024 ini adalah bermula dari RM469,990.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…