VW Caddy PanAmericana - van penumpang yang kini lebih lasak penampilannya

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelima Volkswagen Caddy telah pun dilancarkan pada bulan Februari tahun lalu, dan penawaran van tersebut dikini dilengkapkan lagi dengan varian terbaharu yang dinamakan sebagai Caddy PanAmericana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

VW Caddy PanAmericana dilancarkan untuk menggantikan varian Caddy Alltrack, dan diberikan pakej gayaan yang lebih tegap dan gagah bukan sahaja untuk versi penumpang, malah juga versi van kargo.

 


Dari segi kuasa, Caddy PanAmericana ini didatangkan dengan pilihan enjin 1.5 liter TSI yang menghasillkan 113 kuasa kuda atau enjin diesel 2.0 liter TDI dengan dua output yang berbeza, iaitu 101 hp atau 121 hp.

Ketiga-tiga variasi enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau transmisi klac berkembar DSG tujuh nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan sahaja atau sistem opsyen 4MOTION yang hanya boleh didapati untuk varian 2.0 TDI yang lebih premium.

 


Bergantung kepada spesifikasi, VW Caddy PanAmericana mampu menawarkan keupayaan menunda beban seberat 1.5 tan dan muatan sehingga 679 kg untuk versi kargo atau 525 kg untuk versi van penumpang.

Antara perubahan yang dibawakan adalah penambahan cladding plastik yang tidak bercat pada bahagian bampar, arca roda, dan side sill, selain penambahan perlindungan bawah badan, lampu LED, rel bumbung dan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci.

Namun untuk membezakannya dengan versi Caddy yang lebih asas, bar hadapan di bawah gril didatangkan dalam warna badan.

 


Ruang kabin Caddy PanAmericana ini mendapat kemasan pelindung tempat duduk Pinestripe, roda stereng balutan kulit, pedal aluminium, serta penawaran kokpit digital yang terdiri daripada skrin kluster instrumen digital dan skrin infotainmen bersaiz 10 inci.

Sama seperti penawaran Caddy yang terdahulu, Caddy PanAmericana juga turut hadir dengan 19 sistem bantuan pemandu yang turut merangkumi ciri Travel Assist yang membenarkan pemanduan semi-autonomi.

Harga jualan VW Caddy PanAmericana bermula dari €32,207.35 (RM159,104) di Jerman.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Caddy generasi kelima tampil bergaya dengan gayaan kereta penumpang di samping versatiliti…
Berita Global
Merujuk kepada gambar yang dibekalkan, Volkwagen Caddy digambarkan sebagai sebuah minivan/van panel…