VW Caddy 2020 - van panel/minivan yang lebih garang!

oleh Mohamad Hanif|
Van komersil kompak Caddy yang dihasilkan oleh Volkswagen kini menunggu saat pelancaran generasi baharu, dan Volkswagen dalam masa yang sama turut menerbitkan gambar-gambar teaser model tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Merujuk kepada gambar yang dibekalkan, Volkwagen Caddy digambarkan sebagai sebuah minivan/van panel dengan muka yang lebih agresif dengan rekaan bumper yang memiliki bukaan melebar di bahagian bawah. 

Jika dibandingkan dengan model terdahulu, rekaan lampu pada Caddy generasi baharu dilihat memiliki lampu belakang yang memanjang dengan posisi yang lebih tinggi. 

Turut kelihatan Volkswagen Caddy dipasang dengan komponen bumbung suria yang diapit oleh rel bumbung. 

 


Difahamkan, selain daripada dimensi jarak antara roda yang berbeza, Volkswagen Caddy akan ditawarkan dalam dua variasi yang berbeza, iaitu Caddy standard untuk mengangkut penumpang dan Caddy Cargo untuk tujuan muatan barangan. 

Menurut Volkswagen lagi, memandangkan Caddy baharu dibangunkan atas plaform MQB, van panel ini juga akan memiliki sistem bantuan pemanduan yang tersendiri selain akses kepada internet pada sistem infotainmen-nya.

Volkswagen Caddy akan diperkenalkan secara rasmi pada Februari 2020 dan jangkaan tarikh penjualannya di sesetengah pasaran akan bermula menjelang akhir tahun ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
VW Caddy PanAmericana dilancarkan untuk menggantikan varian Caddy Alltrack, dan diberikan pakej…
Berita Global
  Caddy generasi kelima tampil bergaya dengan gayaan kereta penumpang di samping versatiliti…