VW Arteon R-Line 4Motion 2021 facelift rasmi dilancarkan - dari RM247,671

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPVM) secara rasminya melancarkan versi facelift sedan Volkswagen Arteon R-Line 4Motion 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran Arteon R-Line 4Motion 2021 ini turut menyaksikan penggunaan logo Volkswagen baharu selari dengan penjenamaan semula yang dibuat di peringkat global pada tahun lalu.

 


Dari segi kuasa, VW Arteon R-Line mengekalkan penggunaan enjin 2.0 liter TSI EA888 yang menghasilkan 280 PS dan 350 Nm, dipadankan dengan transmisi DSG klac basah tujuh nisbah kelajuan serta sistem pacuan semua roda 4MOTION.

Pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam tempoh 5.6 saat sahaja.

Sebagai sebuah model R-Line, Arteon R-Line ini turut mendapat kelengkapan seperti Dynamic Chassis Control (DCC) dengan seleksi mod pemanduan serta Electronic Differential Lock (XDS) yang bertujuan untuk menawarkan pemanduan yang lebih mengujakan.

 


Ruang kabin pula mendapat beberapa perubahan seperti roda stereng baharu dengan kawalan sentuhan haptik serta tempat duduk sports balutan kulit Nappa Carbon yang dikemaskan dengan logo R baharu, selain sistem kawalan iklim tiga zon Climatronic dan penapis udara Air Care Climatronic.

Untuk pemandu, terdapat skrin Digital Cockpit beresolusi tinggi sementara sistem infotainmen Discover Pro pula adalah bersaiz 9.2 inci yang didatangkan dengan ciri kawalan gerakan dan suara, serta menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Sistem bunyi pula didatangkan daripada Harman Kardon yang berkuasa 700W yang dibantu dengan 12 pembesar suara berprestasi tinggi dan amplifier digital 16 saluran.

 


Selain daripada tujuh beg udara, cagak ISOFIX dan juga kawalan kestabilan elektronik, VW Arteon R-Line 2021 ini turut mendapat ciri keselamatan tambahan seperti amaran lintasan trafik belakang, sistem brek  pasca-pelanggaran, serta sistem amaran tumpuan pemandu.

Penampilan luaran Arteon ini diserikan dengan pakej penggayaan R-Line yang terdiri daripada rim aloi bersaiz 19 inci, pakej aerodinamik, sistem lampu LED yang moden, serta lampu belakang LED dengan fungsi indikasi dinamik.

 


Harga jualan VW Arteon R-Line 4Motion 2021 ini bermula dari RM247,671, lengkap dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, pakej penyelenggaraan percuma tiga tahun percuma serta bantuan tepi jalan selama lima tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelengkapan keselamatan IQ.Drive merangkumi ciri seperti: -Bantuan Hadapan (Front Assist) -Kawalan…
Berita Domestik
Menerusi promosi terbaharu ini, pelanggan yang membeli Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line atau…
Berita Domestik
Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares dalam mempertingkatkan lagi pengalaman…