Volkswagen Tiguan Allspace kini dengan ciri IQ.Drive, dari RM165,990

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengemaskini penawaran SUV Tiguan Allspace, di mana semua varian kini dilengkapi dengn ciri keselamatan IQ.Drive.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Kelengkapan keselamatan IQ.Drive merangkumi ciri seperti:
-Bantuan Hadapan (Front Assist)
-Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control)
-Bantuan Sisi (Side Assist)
-Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert)
-Bantuan Lorong (Lane Assist)

Selain daripada itu, kesemua varian Tiguan Allspace dilengkapi dengan ciri seperti sokongan pengecasan tanpa wayar, Digital Cockpit, skrin infohibur Discover Pro 9.2 inci, kawalan iklim tiga zon 'Air Care Climatronic', kamera undur, antaramuka USB-C, sert sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Untuk pasaran Malaysia, terdapat tiga varian yang boleh dipilih iaitu:
Tiguan Allspace R-Line
-Enjin 2.0TSI 220 PS, 350 Nm
-Transmisi DSG tujuh kelajuan
-rim aloi Sebring 19 inci
-sistem audio Harman Kardon 480W dengan 10 pembesar suara

Tiguan Allspace Elegance & Allspace Life
-enjin 1.4TSI, 150 PS, 250 Nm
-Transmisi DSG enam kelajuan
-penggunaan bahan api serendah 7.7L/100 km

Terdapat lima warna menarik iaitu Platinum Grey, Pyrite Silver, Onyx White, Atlantic Blue dan Deep Black, dan kesemua varian kini ditawarkan dengan Volkswagen Assurance Package (VAP) bernilai antara RM8,000-RM10,000 (bergantung kepada varian) yang menawarkan lanjutan jaminan tambahan selama tiga tahun tanpa had perbatuan, serta pakej penyelenggaraan tiga tahun.

Pelanggan yang tidak mahu mengambil pakej tersebut akan mendapat jaminan pengeluar selama dua tahun tanpa had perbatuan, serta bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Harga jualan Tiguan Allspace (tanpa VAP) bermula dari RM165,990 hingga RM245,990 untuk varian R-Line.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…
Berita Domestik
Pakej VAP bernilai antara RM8,000-RM10,000 (bergantung kepada model) ini menawarkan tambahan…
Berita Domestik
Denyu akan mengetuai aspek Jualan, Selepas Jualan dan Pembangunan Rangkaian, Pemasaran serta IT…