Kesemua pengedar VW Malaysia kini bertaraf Pusat 3S, 4S

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) baru-baru ini mengumumkan kesemua jaringan pengedar di seluruh negara kini bertaraf Pusat 3S dan 4S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares dalam mempertingkatkan lagi pengalaman pemilikan di kalangan pemilik dan pelanggan VW.

Sehingga kini, terdapat 17 buah pusat pengedar dan satu rakan servis di lokasi strategik di seluruh negara.

14 daripadanya merupakan pusat 4S (penjualan, servis, alat ganti, pusat badan dan cat), tiga merupakan pusat 3S (penjualan, servis dan alat ganti), dan hanya satu yang merupakan pusat 2S (servis dan alat ganti).

Kesemua kumpulan pengedar dilengkapi dengan fasiliti dan kepakaran untuk mengendalikan perkhidmatan pembaikan badan dan cat.

Selain itu, VPCM turut berterusan bekerjasama dengan rakan pengedar untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menawarkan servis bertaraf professional, dan usaha itu dibuktikan menerusi penarafan yang diberikan oleh pelanggan menerusi Car.Advisor.

Sehingga April 2022, VPCM mendapat penarafan purata 4.93/5 bintang untuk pengalaman jualan, dan 4.76/5 untuk perkhidmatan selepas jualan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut merupakan pencapaian penting untuk smart Malaysia dengan pelancaran rangkaian…
Berita Domestik
Pelantikan pengedar tersebut adalah sebahagian daripada strategi WTCA untuk mengukuhkan…
Berita Global
Terbaharu, Mercedes-Benz Jepun membuka secara rasmi sebuah pusat pengedar pada 6 Disember yang…