VTL laluan udara, darat Malaysia-Singapura dibuka 29 November, terhad 1,500 orang sehari

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia dan Singapura bekerjasama untuk melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin - Laluan Darat (VTL-Land) pada 29 November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelancaran VTL-Land adalah selari dengan laluan udara (VTL-Air) yang bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi antara kedua-dua negara.

"Selain pekerja, VTL-Land akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Singapura di kedua-dua belah Tambak yang telah terpisah dengan keluarga akibat pandemik COVID-19 untuk bertemu semula dengan orang tersayang.

"Inisiatif VTL-Land dilaksanakan untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen," memetik kenyataan itu.

PMO turut memaklumkan, pengembara yang dibenarkan mengambil bahagian dalam VTL-Land adalah warganegara Malaysia dan Singapura termasuk Penduduk Tetap serta pemegang Pas Jangka Panjang Malaysia dan Singapura.

Antara syarat ditetapkan termasuk pengembara wajib divaksinasi sepenuhnya dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi, mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

"Pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.
 

VTL


"Pada masa ini, VTL-Land akan dihadkan kepada pengangkutan bas sahaja sebagai mekanisme kawalan dan mod pengangkutan lain akan disenaraikan secara berperingkat.

"Perkhidmatan bas VTL-Land yang ditetapkan ke Singapura akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) sebagai pusat turun dan naik penumpang di Malaysia manakala Terminal Queen Street (QST) sebagai pusat turun dan naik penumpang di Singapura," menurut kenyataan tersebut.

Malah, PMO memaklumkan kerajaan kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk menetapkan kuota harian tidak melebihi 1,500 pengembara pada peringkat permulaan, dengan akan melaksanakan peningkatan dari minggu ke minggu.

Pengembara yang masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land perlu mendaftar di https://mysafetravel.gov.my/ manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura, perlu membuat pendaftaran di https://go.gov.sg/vtl-portal.

Pendaftaran ini adalah wajib sebelum sebarang pembelian tiket dibuat. Butiran tentang keperluan VTL-Land boleh didapati di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg/.

Sumber: AstroAwani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, ini membolehkan pengembara divaksin sepenuhnya melakukan perjalanan ulang-alik bagi…
Informasi
  "Polis Kontinjen Johor ambil maklum isu yang dilaporkan dan akan menjalankan siasatan terperinci…
Informasi
  Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara…