Menteri Pengangkutan - VTL Udara Pulau Pinang-Singapura dibuka 16 Mac

oleh SALINA JALIL|
Satu lagi laluan baharu iaitu Pulau Pinang-Singapura akan dibuka menerusi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara yang bermula 16 Mac ini.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, perluasan inisiatif VTL udara tersebut dipersetujui kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Katanya, ini membolehkan pengembara divaksin sepenuhnya melakukan perjalanan ulang-alik bagi laluan Pulau Pinang-Singapura menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat penerbangan yang telah ditetapkan sebagai penerbangan VTL tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan. 

 

“Inisiatif VTL memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan ketersambungan pengangkutan udara Malaysia-Singapura di samping membantu memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara terutamanya dalam sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19. 

 

“Selain itu, inisiatif ini yang bermula bagi laluan antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah mencatat sejumlah 82,906 ketibaan pengembara dari Singapura sehingga 28 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

Beliau berkata, penerbangan VTL bagi laluan baharu ini akan bermula dengan empat penerbangan sehari yang akan dioperasikan oleh syarikat-syarikat penerbangan Malaysia dan Singapura. 

 

 

“Penjualan tiket penerbangan VTL akan dibuka oleh syarikat-syarikat penerbangan dalam masa terdekat. Butiran lanjut mengenai syarat pra-pelepasan dan kemasukan ke Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my.

 

“Butiran tentang keperluan VTL bagi perjalanan ke Singapura pula boleh didapati di https://safetravel.ica.gov.sg.,” katanya.

 

 

UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata kebenaran merancang bagi projek mega Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM250…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati…
Berita Domestik
Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pengembangan rangkaian pengecasan Tesla ke Pulau Pinang dengan dua…