VPCM sah bawa masuk Arteon baharu, Passat facelift tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi satu sidang media tertutup yang dibuat sebentar tadi, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Volkswagen di Malaysia dijangka akan membawa masuk dua buah model baharu bagi merancakkan lagi pasaran 2019.

Model yang dimaksudkan ialah sedan bertaraf mercu, iaitu Volkswagen Arteon yang telah membuat kemunculan di tanah air pada tahun lalu serta sebuah model facelift bagi Passat. 

Sedan fastback Volkswagen Arteon merupakan pengganti terus kepada model Volkswagen CC yang juga dijual di Malaysia suatu ketika dahulu. 

Di Eropah, terdapat enam pilihan enjin yang ditawarkan kepada pengguna, terdiri daripada enjin petrol TSI 1.5 liter (150 PS) sehinggalah kepada enjin 2.0 liter TSI (190 PS & 280 PS). 

Manakala enjin diesel juga turut ditawarkan iaitu 2.0L TDI dengan tiga output yang berbeza (150 PS, 190 PS dan 240 PS). 

Kesemua varian ditawarkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau DSG tujuh nisbah kelajuan, manakala varian tertinggi ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda 4Motion. 
 


Beralih kepada Volkswagen Passat pula, model facelift berkemungkinan besar akan membawakan versi Eropah yang diperkenalkan pada awal tahun lalu. 

Versi facelift tidak membawakan perubahan yang ketara dari segi janaan kuasa, akan tetapi membawakan lebih teknologi seperti sistem pemanduan separa autonomi, aplikasi mudah alih, serta integrasi fungsi ke dalam peranti pintar.

Tiada sebarang butiran dan tarikh yang dihebabkan, namun pengumuman ini dijangka bakal menarik minat rakyat Malaysia terhadap pasaran sedan dari Volkswagen yang sangat menarik itu. 

 


Terutamanya Arteon yang sungguh seksi itu. Fuh. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…