Volvo XC90 - SUV terunggul untuk keluarga anda

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Di Malaysia, kereta merupakan suatu bentuk hab pengangkutan yang perlu ada bagi setiap keluarga untuk memudahkan perjalanan dalam kehidupan harian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sesebuah kereta bukan sahaja perlu memenuhi keperluan yang membawa dari satu destinasi ke destinasi yang lain, malahan ianya perlu dilengkapi dengan ciri dan fungsi yang membolehkan perjalanan itu selesa dan selamat.

Bagi mereka yang berkeluarga pula, tentu sekali keutamaan mereka merupakan sebuah kereta yang khusus untuk kegunaan keluarga.

Tanpa mengira saiz dan reka bentuk, sebuah kereta keluarga harus mempunyai ciri-ciri keselamatan terbaik dan mempunyai ruang mencukupi untuk bilangan ahli keluarga yang kian bertambah.

Volvo, selaku jenama yang sememangnya sinonim dengan keselamatan memahami faktor-faktor penting ini dan menyedari bahawa sebagaimana ibu bapa mengutamakan keselamatan anak-anak, keselamatan mereka juga perlu dijaga.

 

2

 

Bagi memberikan penyelesaian kepada persoalan tersebut, Volvo memperkenalkan XC90, sebuah SUV untuk kegunaan keluarga yang sarat dengan ciri keselamatan tertinggi.

Volvo XC90 merupakan sebuah SUV mewah bersaiz sederhana dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, yang cukup untuk membawa satu keluarga besar dengan selesa.

Semenjak daripada pelancarannya, XC90 telah menjadi penanda aras bagi SUV keluarga mewah yang ditawarkan untuk pasaran dengan pelbagai pilihan.

Dorongan di sebalik reka bentuk XC90 adalah ringkas – ia adalah kereta keluarga unggul direka untuk menjaga anda dan mereka yang tersayang.

Kelainan XC90 terletak pada kemewahan bersahaja dibina di atas casis yang bukan sahaja cukup sesuai untuk seisi keluarga tetapi juga cukup besar untuk memuatkan penumpang yang lain.

 

3

 

Ia juga mempunyai ruang bonet belakang yang lebih besar, ciri keselamatan yang lebih banyak, dan ciri-ciri tambahan lain yang mungkin anda tidak terfikir akan diperlukan kelak.

Dengan model generasi keduanya yang diperbaharui, reka bentuknya kini lebih panjang dan luas, XC90 merupakan pilihan SUV mewah bagi keluarga yang sedang berkembang.

 

Ciri bantuan keselamatan menjadi keutamaan

Volvo sememangnya sinonim dengan keselamatan dalam industri automotif, perkembangan teknologi bantuan keselamatan masa kini kebanyakan nya hasil dari kejuruteraan Volvo.

Antara dua ciri keselamatan penting yang terdapat pada Volvo XC90 ialah:

- Lane Keeping Aid

Berfungsi untuk memberikan bantuan kawalan dalam pemanduan dan ia akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan mereka terkeluar dari laluannya.

 

4

 

- Cross Traffic Alert

Berfungsi dengan memberikan isyarat akustik apabila terdapat sebarang objek sedang berhampiran dengan kereta dan ia akan memancarkan amaran kepada pemandu.

Ia turut dibantu ciri Blind Spot Information dimana ia dapat mengesan kenderaan dari arah bertentangan dan halangan ketika kereta sedang mengundur bagi mengelakkan kemungkinan terjadinya pelanggaran.

 

Direka untuk keselesaan seisi keluarga

Kehidupan berkeluarga bersama anak kecil sememangnya menjadi keutamaan bagi menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak kini lebih mudah dengan ISOFIX Mounting Points yang disepadukan dengan tempat duduk belakang Volvo XC90

 

6

 

ISOFIX Mounting Points merupakan cara yang paling selamat dan mudah untuk memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dan boleh diakses melalui bahagian bawah sandaran tempat duduk belakang.

XC90 juga turut dilengkapi dengan Integrated Booster Cushion yang dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan khas, khusus untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas.

 

Keselamatan menjadi teras jenama Volvo

Keselamatan sememangnya sudah menjadi keutamaan bagi Volvo sejak berpuluh tahun lamanya, Volvo XC90 merupakan antara hasil dari kejuruteraan keselamatan mereka.

Disebabkan itu, Volvo XC90 juga telah dianugerahkan TOP SAFETY PICK+ 2023 oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).

Pencapaian itu diiktiraf apabila XC90 menyediakan perlindungan pelanggaran sisi yang lebih baik, sistem pencegahan pelanggaran pejalan kaki yang dipertingkatkan, serta penyingkiran lampu hadapan yang tidak mencapai standard yang tertentu.

 

7

 

Untuk pasaran Malaysia, rangkaian Volvo XC90 boleh didapati secara atas talian atau melalui pengedar tempatan anda yang terdekat.

Sah pada jangka masa yang terhad, pembeli yang mendaftarkan Volvo XC90 B5 Ultimate Mild-Hybrid atau Volvo XC90 Recharge T8 Plug-In Hybrid sebelum 31 Mac 2023 akan menikmati pakej servis percuma selama lima tahun (VSA5+)*.

Pakej VSA5+ yang juga dikenali sebagai 'Volvo Service Agreement 5 Plus', dimana ia merangkumi lima servis kereta pertama termasuk item haus dan lusuh yang mungkin perlu diganti.

 

8

 

Selain daripada Volvo XC90, Volvo Car Malaysia turut menawarkan pakej VSA5+ untuk model Volvo S60, Volvo S90, Volvo V60, Volvo XC60 dan Volvo XC40 B5.

manakala pembeli  yang mendaftarkan Volvo XC40 Recharge Pure Electric pula akan menerima baucar pengecas dinding (wallbox) bernilai RM7,000*.

Semua tawaran tersebut hanya terpakai untuk kereta yang didaftarkan dari 1 hingga 31 Mac 2023, untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Volvo Car Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tidak mempunyai insurans…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan…