Recall: Volvo panggil semula 74 unit kereta, libatkan isu pada sistem stereng

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada awal Januari tahun ini, Volvo telah mengumumkan kempen recall yang melibatkan 74 unit kereta melibatkan isu serius pada sistem stereng.

Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan gear stereng, ianya berpontensi untuk mengunci stereng dan menyebabkan hilang kawalan.

 

2

 

Isu itu hanya melibatkan sejumlah kecil yang melibatkan model V60CC, XC60 dan XC90 antara tahun 2019 hingga 2022.

Menurut Volvo, masalah itu boleh dikesan semula kepada barisan pemasangan yang tersilap memasukkan skru sebanyak dua kali ke unit terjejas.

 

3

 

Syarikat itu berkata mereka boleh mengesan unit yang dipasang secara salah itu, dan membolehkan kempen recall melibatkan jumlah kecil sahaja.

Volvo telah memaklumkan kepada semua pengedarnya mengenai isu tersebut dan akan memberikan notis kepada 74 pemilik terlibat pada bulan Mac.

 

Sumber: autoblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seiring dengan perjalanannya ke arah era baharu keselamatan, Volvo Cars kini mempunyai visi untuk…
Berita Global
Semasa COP27, Volvo Cars turut menyeru negara terlibat untuk meningkatkan tindakan mereka terhadap…
Berita Domestik
Program VCDR memastikan pengedar menggunakan standard dan kualiti yang lebih tinggi dalam pembaikan…