Alasan lupa 'renew' cukai jalan, Volvo XC90 disita

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Lupa perbaharui cukai jalan dan insurans antara alasan diberi pemandu kereta mewah jenis Volvo XC90 selepas ditahan semasa rondaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Sungai Rasau Lama menghala ke Shah Alam, pada Rabu.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, kereta dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam menerusi Op Hari Raya Aidilfitri (HRA).
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

"Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tidak mempunyai insurans.

"Berikutan itu, kereta terbabit telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, soal siasat terhadap pemandu mendakwa kenderaan itu adalah milik syarikat selain lupa untuk perbaharui cukai jalan.

Katanya, ketika ditahan, lelaki itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Tegasnya, sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan Op HRA telah menyita dua kenderaan jenis BMW atas kesalahan tidak cukai jalan.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Selepas Thailand, Malaysia akan menjadi negara kedua di Asia Pasifik untuk menerima kehadiran model…
Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut akan tersedia untuk pembelian dalam masa terdekat, dengan tarikh…
Berita Global
  Sepasang lampu sudah cukup untuk menjadikan XC90 sebagai topik perbualan. Volvo sebenarnya…