Volvo Vera - Lori swapandu tanpa kabin pemandu

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi swapandu untuk jentera berat sudah pun diperkenakan menerusi beberapa model seperti Tesla Semi, malah Volvo Trucks juga telah memperlihatkan beberapa konsep lori swapandu sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi konsep terkini yang dipertontonkan oleh Volvo, Vera merupakan sebuah lori yang tidak dilengkapi kabin pemandu mahupun sistem kawalan yang dikhaskan untuk pemandu mengemudi lori ini.

 

Dengan rekaan serba rendah persis jentera penunda kapal terbang di lapangan terbang, ia sememangnya tidak mempunyai ruang untuk seorang manusia  memandangkan ia direka untuk melakukan kerja berat dalam perjalanan jarak dekat sahaja.

 


Volvo Vera menggunapakai platform lori elektrik Volvo sedia ada di samping turut mengaplikasikan sistem pek bateri yang tidak akan memberikan sebarang masalah jarak pengoperasian kepada syarikat pengendali. 

Selain itu, masalah pencemaran bunyi dan udara juga mampu dikurangkan dengan lebih cemerlang oleh kerana tiada sebarang pelepasan emisi dan bunyi bising dilepaskan oleh lori swapandu Vera ini. 

Volvo dikatakan masih lagi menjalankan kajian terperinci pada Vera sebelum ia dilepaskan kepada dunia sebenar untuk tujuan ujian komersil.

Mungkinkah selepas ini jawatan pemandu lori treler bakal pupus suatu masa nanti?

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…