Volvo V40 T5 dengan lampu Thor kini di pasaran - 245 hp, 350 Nm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo V40 T5 dengan lampu Thor kini di pasaran - 245 hp, 350 Nm!
Volvo V40 T5 dengan lampu Thor kini di pasaran - 245 hp, 350 Nm!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika diperhatikan sekarang ini di ibu kota, jumlah kenderaan Volvo semakin bertambah dengan meriah. Di antaranya ialah XC90 T8 baharu, XC60 yang sememangnya popular dan model hatchback seksi V40.

Untuk rekod, V40 adalah model kedua terlaris di Malaysia selepas XC90. Senario menarik memandangkan kedua-dua model itu berada pada kelompok harga tinggi dan paling rendah dalam kelas harga kenderaan Volvo.

Jika XC90 dianggap sebagai wajah baharu Volvo, V40 pula adalah pencetus gaya bahasa sebelum itu. Dengan tema Designed Around You, kereta ini tampil berbeza tetapi kekal dengan ciri rekabentuk tradisional pengeluar dari Sweden itu.

Dan model ini sebenarnya bersaing dengan A Class, 1 Series dan juga Golf, masing-masing dari Mercedes-Benz, BMW dan Volkswagen.

Di antara barisan model-model tersebut, Volvo V40 mempunyai penampilan tersendiri yang menjadikannya sebuah Volvo.

Selepas beberapa tahun di pasaran, V40 rupa baharu dilancarkan pada Isnin dan ia tampil kemas dan menyerlah dengan lampu Thor seperti model-model terkini Volvo.

Bukan itu sahaja, V40 turut dilengkapi dengan beberapa perubahan sepeti gril gayaan baharu manakala dibahagian dalaman pula riasan Shimmer Graphite Inlay diganti dengan Milled Aluminium.

Logo baharu turut diletakkan pada beberapa tempat iaitu stereng, paparan Sensus dan kunci.

Satu lagi ciri menarik ialah, Volvo V40 menggunakan teknologi CleanZone yang berfungsi menapis udara luar dengan berkesan sebelum ia memasuki ke dalam kabin.

Ia menghalang partikel merbahaya memasuki ruang kereta terutama sekali di bandar-bandar besar yang terdedah kepada senario seperti itu.

Teknologi CleanZone adalah refleksi kepada usaha berterusan Volvo untuk memperbaiki pengalaman berada di dalam kenderaan mereka.  

Untuk nadi kuasa pula, V40 masih mengekalkan enjin Drive-E 2.0 liter berkuasa 245 hp dan 350 Nm. Output kuasa besar itu dipadankan bersama transmisi 8 kelajuan automatik. 

Daya pecutan dari sifar hingga 100 km/j pula hanya mengambil masa 6.3 saat.

Sistem keselamatan Volvo V40 terdiri daripada pelbagai teknologi yang menerajui segmennya seperti City Safety.

City Safety adalah rangkuman kepada beberapa ciri-ciri keselamatan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) atau teknologi Collision Avoidance and Mitigation.

Volvo V40 yang dipasarkan ini adalah varian paling tinggi dalam senarai kenderaan Volvo iaitu T5 Inscription. Dua lagi varian ialah Kinetic dan Momentum yang tidak dipasarkan di sini.

Namun khabarnya, Volvo Car Malaysia sedang berkira-kira untuk memasarkan V40 T4 dengan output kuasa lebih rendah.

Untuk warna, terdapat empat pilihan iaitu Ice White, Onxy Black, Osmium Grey serta warna baharu Luminous Sand.

Kepada yang ingin tahu tentang kos pemilikan hatchback premium ini, Volvo V40 T5 Inscription dipasarkan pada harga di atas jalan berjumlah RM180,888. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…