Fasiliti baharu ini berukuran 5,432 kaki persegi dan beroperasi di bawa Sebangga Mitsinbo Sdn. Bhd. yang telah dilantik sebagai rakan pengedar Volvo Car Malaysia pada November 2019.
Seperti pusat pengedar Volvo yang lain, pusat 3S ini menampilkan konsep Pengalaman Runcit Volvo (VRE) dengan ruang terbuka yang luas dan perabot minimalis sebagai ciri utama bagi melahirkan suasana mewah kontemporari.
Selain ruang pameran yang menempatkan rangkaian model terkini Volvo dan pusat servis, fasiliti dua tingkat itu turut menampilkan seksyen koleksi gaya hidup dan aksesori Volvo.
Pusat 3S Sebanggan Mitsinbo ini beralamat di Lot 923, Jalan Tuaran, Taman Sinar 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, layari https://www.volvocars.com/my/find-a-dealer atau hubungi talian +608830-9888.