Volvo EX90 akan jadi SUV paling selamat di jalan raya, bakal dilancarkan 9 November ini

oleh Mohamad Hanif|
Volvo dijangka akan melancarkan model pengganti SUV saiz besar XC90 menjelang 9 November ini dengan membawakan nama baharu Volvo EX90.

Ia secara asasnya merupakan sebuah SUV berkuasa elektrik sepenuhnya dan hadir dengan ciri dan kelengkapan yang mampu menjadikan ia sebuah SUV yang paling selamat di pasaran.

Menurut Volvo, Volvo EX90 bakal didatangkan dengan kelengkapan yang merangkumi lapan unit kamera, lima radar, 16 penderia ultrabunyi dan penderia LiDAR yang terkini.

Dengan penambahan teknologi LiDAR, ia dikatakan mampu untuk mengurangkan kadar kemalangan sehingga 20 peratus, selain mampu mencegah kemalangan secara keseluruhan sehingga sembilan peratus.

Penderia LiDAR yang terpasang pada bumbung EX90 itu dapat mengesan pejalan kaki dalam jarak sehingga 250 meter, objek kecil dan gelap atas jalan raya berwarna hitam dari jarak 120 meter, selain tidak perlu bergantung kepada cahaya seperti kamera.
 

Volvo


Selain daripada itu, unit kamera dan penderia khas (yang dikuasakan oleh algoritma dibangunkan oleh Volvo) dapat mengagak tumpuan pemandu menerusi pandangan mata mereka, dan membolehkan sistem EX90 mengenal pasti keadaan seperti terganggu, keletihan atau tidak memberikan tumpuan.

Saat sistem mengesan keadaan tersebut, ia akan memberikan amaran secara lembut, dan akan bersifat mendesak sekiranya diperlukan.

Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti pemandu tertidur atau kesakitan sewaktu pemanduan, EX90 direka untuk berhenti dengan selamat sebelum ia membuat panggilan bantuan.

Menurut ketua bahagian Safe Vehicle Automation, Joachim de Verdier berkata, "Kami percaya Volvo EX90 akan menjadi kereta Volvo yang paling selamat di jalan raya.

"Kami menggabungkan pemahaman kami berkenaan persekitaran luaran dengan pemahaman mendalam kami mengenai tumpuan pemandu. Apabila kesemua sistem keselamatan, penderia, perisian, dan kuasa pengkomputeran kami berkerjasama, ia akan mencipta sebuah perisai keselamatan di sekeliling anda - dan anda tidak akan sedar pun akan kehadirannya sehinggalah ia diperlukan."

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Pegawai Operasi Volvo Björn Annwall memberitahu Bloomberg, "Kami tidak akan meminta…
Berita Global
Selain daripada penawaran trenkuasa elektrik yang berprestasi, Polestar 3 turut mempunyai teknologi…
Berita Global
SUV Volvo EX30 itu secara tidak langsung akan menjadi model aras mula yang disasarkan kepada…