Volvo mulakan pra-produksi sedan elektrik, mungkin dikenali ES90

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan: Volvo S90
Setelah memperkenalkan beberapa buah crossover, SUV dan MPV berkuasa elektrik, Volvo dijangka akan melancarkan sedan elektrik pertama mereka pada tahun hadapan (2024).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Teknikens Värld, unit prototaip sedan pra-produksi itu baharu sahaja keluar daripada barisan pemasangan di kilang China awal bulan ini sebelum menjalani proses penilaian menyeluruh.

Sedan yang diberikan nama kod V551 itu berkemungkinan besar akan membawakan nama rasmi ES90.

Sedan elektrik Volvo itu dijangka akan menggunakan pelantar SPA2 yang turut sama digunakna oleh Polestar 3 dan Volvo EX90.


 

Volvo S90


Dari segi ukuran, model terbaharu itu membawakan dimensi sepanjang 4,990 mm (-100 mm berbanding S90), lebar 1,945 mm, tinggi 1,547 mm dan jarak antara roda 3,012 mm (+41 mm), menjadikan ia lebih kecil berbanding Mercedes EQE.

Terdapat kemungkinan ia akan membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan model EX90, seperti pek bateri 111 kWh, serta tetapan motor elektrik tunggal dengan jarak gerak sekitar 600 km.

Versi AWD pula membawakan dua motor berkuasa 402 hp dan 769 Nm, sementara varian Performance pula dijangka mampu menawarkan kuasa setinggi 496 hp dan 909 Nm.

Sumber: Teknikens Värld melalui Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…
Berita Domestik
Berdasarkan hantaran di laman Facebook MyEVOC oleh Faisal Hussamuddin, sedan elektrik itu dilihat…