Volvo Cars pasang kenderaan di Bangalore, mahu promosi kenderaan ‘Made in India’

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo Cars pasang kenderaan di Bangalore, mahu promosi kenderaan ‘Made in India’
Volvo Cars pasang kenderaan di Bangalore, mahu promosi kenderaan ‘Made in India’
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar kereta premium dari Sweden, Volvo mengumumkan mereka akan mula operasi pemasangan kenderaan di India pada tahun ini. Keputusan itu dibuat selari dengan rancangan syarikat untuk mengembangkan pasarannya di India. Volvo hanya mempunyai beberapa fasiliti pemasangan sahaja di dunia seperti di Sweden, Belgium, China dan Malaysia.

Kilang pemasangan itu terletak berhampiran Bangalore di selatan India dan bakal menjadi pusat produksi model berasaskan platform SPA. Model pertama dipasang di sana ialah XC90 dan bakal disusuli oleh model-model baharu lain.

Untuk projek pemasangan ini, Volvo Cars sebenarnya bekerjasama dengan Volvo Group yang bertanggung jawab mengeluarkan trak, bas dan peralatan pembinaan bagi menggunakan fasiliti sedia ada dan lesen produksi di Bangalore.

Keputusan Volvo untuk memasang kenderaan di sana ialah sebahagian daripada strategi pemasaran 'Made in India' dan ia susulan insiatif kerajaan India beberapa tahun lepas bagi menaikkan lagi keupayaan industri pengilangan India.

Pasaran kenderaan premiun di India masih lagi kecil namun berdasarkan ramalan, ia akan berkembang pesat dalam tahun mendatang. Pegangan Volvo dalam segmen premium sekarang ini ialah hampir kepada lima peratus dan syarikat itu mahu menggandakannya menjelang 2020.

Pada tahun 2016, Volvo telah menjual lebih dari 1,400 kenderaan di India yang merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 2015.

Pertumbuhan jualan pada empat bulan pertama tahun ini meningkat lebih dari 35 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…