Volvo bakal menjadi jenama premium elektrik sepenuhnya menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Selepas tahun 2025, anda mungkin tidak akan berpeluang untuk membeli mana-mana kenderaan berenjin atau kereta hibrid berjenama Volvo.

Ini kerana arah tuju syarikat Sweden tersebut akan menumpukan fokus sepenuhnya terhadap trenkuasa elektrik, sekaligus menjadi sebuah jenama premium emisi sifar pada masa akan datang. 

Menurut laporan yang dipetik daripada AutoExpress UK, bos Volvo Hakan Sammuelson berkata, "ia adalah berkenaan 'bila' dan bukan 'mungkin' syarikat (Volvo) akan menghentikan sepenuhnya penjualan kereta berenjin pembakaran dalaman dan hibrid.

"Hanya yang menentukan semua ini adalah pelanggan, di mana kami telah menunjukkan strategi kami termasuklah mengadaptasi platform baharu untuk kesemua jenis model. 

"Terpulang kepada pelanggan untuk menentukannya, lebih banyak EV yang terjual, lebih pantas kami menghentikan penjualan model berenjin atau hibrid," ujar beliau. 
 


Menjelang tahun 2025, rancangan asal Volvo adalah untuk menjadikan separuh daripada jumlah jualan global terdiri daripada model elektrik, dan Volvo XC40 Recharge merupakan model pertama untuk perancangan jangka panjang tersebut. 

Ia akan diikuti oleh empat buah model EV baharu yang akan diperkenalkan oleh Volvo menjelang tahun 2025. 

Kata-kata Hakan Sammuelson ini amat menarik untuk kita teladani:

"Jika anda kekal dengan teknologi yang ketinggalan zaman, ia bukan satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profit syarikat anda. 

"Apa yang akan berlaku adalah margin menghilang, dan syarikat berkemungkinan besar ditutup. 

"Jadi, dengan teknologi baharu pada awal pengenalan, anda mungkin bermula dengan margin yang rendah - seperti yang berlaku beberapa tahun yang lalu, namun setelah beberapa tahun, anda akan terus memperkenalkan teknologi baharu kerana anda percaya ia mampu meningkatkan profit," ujar beliau mengakhiri bicara. 


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti mana yang dijanjikan, langkah tersebut akhirnya dilaksanakan secara rasmi apabila semua…
Berita Global
Menurut Volvo, langkah ini juga diperlukan memandangkan langkah perintah kawalan pergerakan yang…
Berita Global
Menurut sumber media utama dunia, beberapa syarikat automotif didapati telah memulakan semula…