PENGALAMAN PEMANDUAN SELAMAT ANJURAN VOLVO CAR MALAYSIA

oleh Firdaus Razani|
Volvo Car Malaysia baru-baru ini menganjurkan satu acara buat pertama kalinya iaitu Safety Driving Experience untuk menamatkan kempen For Life Volvo di KL Base, Sungai Besi.

Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama mempelajari kemahiran pemanduan yang penting melalui latihan seperti brek, mengemudi dan mengelak serta menukar lorong tindak balas pantas.

 

VOLVO

 

Para peserta juga berpeluang untuk merasai pecutan dan pengendalian kereta melalui laluan slalom di landasan sepanjang 1.8km itu sendiri.

Teknik yang penting apabila menghadapi halangan yang tidak dijangka di jalan raya, latihan "brek, belok, elak" membina keyakinan pemandu dalam pergerakan.

 

VOLVO

 

Peserta juga dapat melatih refleks untuk situasi yang lebih mencabar, seperti menukar lorong secara tiba-tiba tanpa brek untuk mengelak perlanggaran depan.

Selain itu, peserta turut dapat merasai pengalaman dengan teknologi keselamatan Volvo untuk amaran lalu lintas dan ‘pilot assist’ ditampilkan antara selekoh.

 

VOLVO

 

Pada acara tersebut, Volvo Malaysia mempamerkan keseluruhan rangkaian model hibrid elektrik dan plug-in Volvo, termasuk SUV Volvo XC90 dan Volvo XC60, sedan Volvo S90 dan Volvo S60, estet Volvo V60, dan Volvo XC40 sub-kompak yang kini ditawarkan dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya atau hibrid ringan.

Yang paling dItampilkan adalah SUV crossover Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam pilihan warna Vapor Grey baharu.

 

VOLVO

 

Ia dikemas kini untuk model tahun 2024 dengan jarak elektrik sehingga 550km, pengecasan DC 200kW yang lebih pantas untuk pek bateri 82kW yang lebih besar, dan lampu depan teknologi pixel.

Tambahan itu, Ahli Kelab Volvo Klasik mempamerkan sejarah panjang Volvo di Malaysia melalui kereta klasik Volvo 122, Volvo 144 dan Volvo P1800 yang ikonik.

 

volvo

 

Ketua Pemasaran & PR Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw, berkata “Pengalaman Pemanduan Keselamatan Volvo merumuskan dengan sempurna etos kempen For Life kami – Apabila anda berasa selamat, anda boleh benar-benar bebas,”

“Kami mahu memperkasakan pemandu Volvo dengan minda dan pengetahuan yang betul untuk keselamatan di jalan raya, mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa dengan yakin dengan kereta Volvo terbaharu” tambahnya lagi.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program Untuk Kereta Yang Sudah Tamat Tempoh Jaminan Inisiatif ini direka khas untuk pemilik Volvo…
Berita Global
Dengan Gemini, pemandu dan penumpang boleh berinteraksi melalui suara dengan lebih lancar untuk…
Berita Global
  Keuntungan operasi (operating income) keseluruhan sebanyak SEK 1.9 bilion (RM0.85), jatuh…