Volkswagen Tiguan ada versi coupe rupanya!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, selain daripada Tiguan standard dan Tiguan Allspace (dengan penawaran tiga baris tempat duduk), SUV Tiguan sebenarnya mempunyai sebuah lagi bentuk yang ditawarkan untuk pasaran luar, iaitu bentuk coupe?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di China, varian yang dimaksudkan itu akhirnya membuat kemunculan menerusi beberapa keping gambar rasmi yang diterbitkan sendiri oleh Volkswagen China, menampilkan penggayaan yang tersendiri.

 


Berbanding dengan versi Tiguan standard yang berbentuk kekotakan itu, Tiguan X ini hadir dengan garisan bumbung yang lebih melandai bermula dari tiang B menghala ke belakang yang diakhiri dengan sebuah spoiler deck lid yang sangat kecil.

Tiguan X dibangunkan berdasarkan model Tiguan yang lebih panjang, di mana ia memiliki dimensi 4,764 mm panjang, 1,859 mm lebar dan 1,628 mm tinggi dengan jarak antara roda sepanjang 2,791 mm.

Sebagai perbandingan, Tiguan Allspace yang baharu sahaja dilancarkan di Malaysia memiliki jarak antara roda sepanjang 2,787 mm.

 


Perubahan ketara turut disaksikan di bahagian belakang di mana unit lampu utama menampilkan rekaan yang sangat berbeza (macam BMW pun ada) dan disambung dengan kehadiran bar LED melintangi bahagian tersebut.

Versi yang diperlihatkan ini merupakan varian yang paling tinggi 380 TSI 4Motion, di mana Tiguan X ini hadir dengan nadi 2.0 liter TSI yang menghasilkan 220 PS dan 380 Nm, dipadankan dengan transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan dan sistem pacuan 4Motion.

Model asas pula menerima enjin 2.0 liter TSI dengan angka output yang sedikit rendah - 186 PS dan 330 Nm.

 


VW Tiguan X akan muncul di pasaran China menjelang akhir tahun ini dan difahamkan akan menjadi model eksklusif untuk pasaran tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelengkapan keselamatan IQ.Drive merangkumi ciri seperti: -Bantuan Hadapan (Front Assist) -Kawalan…
Berita Domestik
Bermula 1 Januari 2023, VPCM menawarkan diskaun sehingga RM4,000 untuk beberapa model terpilih…
Pelancaran
Didatangkan dalam dua varian iaitu Elegance dan R-Line 4MOTION, Tiguan Allspace menerima kemaskini…